Monday, February 11, 2013

suria 5

sabar-sabar-sabar
usaha-doa-usaha-doa

berjalan terus berjalan
toleh jangan toleh
maju ayuh maju

tawakkal kepada ALLAH

Sunday, September 25, 2011

suria 4

"menempuh hidup penuh onak dan duri
hanya perlu sedikit kekuatan"

just have some faith!

Thursday, September 15, 2011

aidilfirti mesopotamia

hidup diteruskan.

cam biasa la idup ini. ada naik ada turun. takka sume nak naik je. abis sapa plak yg kat bwah tu bile drng nk naik plak. gua masih disini. mencari apa yg belum ditemui. tapi cam biasa la. amik masa skit la. takkan lincah je ko jumpe apa yg ko nak tu kan. kkhkhk.

sekarang ini hidup gua mula berubah rentak. banyak lapangan yang perlu di liputi. keluarga. kerja. rakan. sume perlu komitmen. kadang aku terpikir. ini kah lumrah hidup. selagi bernafas jasad ini. selagi itu kite akan terus melangkah? berjuang dan terus berjuang?

mungkin benar. itu hidup.

bile berbual. mereka cerita pengalaman mereka. bila bertanya. mereka jawab semuanya. tapi sejauh mana kebenarannya. mungkin keindahan cerita mengatasi segalanya. aku suke mendengar dan melihat. itu menarik!

melihat dunia ini. penuh dengan cara masing-masing. ada yang suke itu. ada yang suke ini. tak perlu menghalang. itu jalan yang mereka pilih. itu juga yang mereka suke.itu warna!

manusia tidak dilahirkan bangsat. punya akal. punya fikiran utk mentafsir dan melihat. itu persepsi masing-masing. tak perlu di sangkal. itu individu!

aku hanya harap kan yang terbaik utk kita sejagat.

salam dipinta mohon kemaafan buat konco-konco yang aku akan tetap teguh berdiri dibelakang mereka. walaupun aku mungkin berdiri jauh kerna kekangan masa dan limitasi ruang. aku tetap teguh walaupun apa berlaku.


salam aidilfitri 1432H.
maaf zahir batin

Thursday, June 9, 2011

signifikasi

terima kasih utk segalanya!

bila kite susah sudah tentu tgn ni rasa tak cukup. byk lapangan yg hendak di tutupi. sesak rasanya. senak dan sengkak perut ini. minda berputar berfikir. bagaimana hendak utk menyelesaikan kebuntuan ini. mula utk berkira-kira. mcm-mcm pengiraan dilakukan agar percaturan ini tidak silap.

tapi betullah kata pepatah setiap yg pahit pasti ada kemanisan. byk tgn menghulur. byk mulut mengucap kate semangat. ini jatuh bgn. hidup perlu tetap tegap tanpa rasa kalah. jgn cube menutup mata seolah sudah buta. malas berusaha seolah sudah mati.

perlu rasa cukup bersemangat utk terus berjalan di bumi ini.

sungguh tersentuh pabila ada juga tgn-tgn ikhlas yg menghulur. terima kasih daun keladi. tuhan sahaja yang mampu membalasnya.

ini perjuangan.aku perlu selesaikan nya!

Tuesday, June 7, 2011

lebelis

berjinak utk menjadi lebelis.

sume nk jadi besar sebelum besar. dengar lagu skinhead dah mula dah nk botak kepala.jean ketat.baju fred perry. lagu2 A.C.A.B jadi siulan. itu biasa bagi remaja yg mula membesar. mencari identiti kononnye.

muncul plak irama rock n roll versi malaysia. dah mula dah.baju kotak2. jeans carrot cut. kasut jack purcell. lagu2 OAG.The Times. menjadi siulan. sume nk jadi radhi. rambut belah tepi.segak dengan wayfare.

seiringan dengan itu. muncul reggae & ska. republik of brickfield & gerhana ska cinta cuke popular. tarian ala2 reggae mula kelihatan di GIG2.

muncul HUJAN menggegarkan music mainstream. mereka mula melihat musik underground sudah boleh tembus pasaran main stream. mula la budak2 skolah berpusu2 ke ROCK the WORLD. penuh masing masing berpeluh berPOGO sampai lalok.

semua itu sudah kenangan. meghayati musik itu tidak salah. tapi harus waspada. kami sudah mula cube menyelami musik yg tenang. bole duduk sambil layan. rilek. masa utk berpeluh sudah tamat agaknya.

Friday, March 4, 2011

patungdrama

menghentam bkn perkara yg baik.tetapi kekadang ia perlu. supaya diri tak dibangsatkan begitu sahaja. utk jadi pemerhati itu baik. tapi kalo dah asyik pijak kepala. sapa tak mara.

perkara itu biasa. tentu kalian juga pernah dibangsatkan. tapi aku juga percaya kalian juga pernah membangsatkan org lain.

bagi aku itu tidak salah asal kene dgn tempat dan keadaan. yg penting mesti bersebab. bukan ego. tapi expressi. itu yg penting. menterjemahkan perasaan. sbg cth. "celaka ko!" tapi dalam bahasa lembut pon kekadang bole jadi tapi kene main ngan intonasi la. "ko ni agak2 la bro".

kata ini penting dalam memajukn bangsa. ia mampu menyemarakkan semangat. jadi kritkan dan kutukan perlu diteliti dn dihalusi. tapi maruah juga perlu di beri perhatian juga. jangan jatuhkan air muka sesorang dgn cara keterlaluan.

luahan emosi dan pendapat perlu. manusia itu lembut. punya hati dan perasaan. perlu bersandiwara kadang2.hidup itu drama bro!

jadi jagan takut utk meng-expressi kan apa yag terpendam. anda mampu lakukan!

salam indie!

Wednesday, March 2, 2011

karyisme

mungkin bile menulis blog ni.ada yang akan berkata "poyo sial mamat ni". dan mungkin ada juga yang berkata "eh dia tak tulis ke arini" (ni mungkin skit je yg ckp).atau ada juga yang berkata "mana blog ko kate nak tulis ari2" (ni aku quoted kawan aku ckp-P Diddy...kkhkkhk).

tapi papa pon bia kan jela penulis-penulis blog ni.meraka ingin berkarya dgn bebas. membawa aliran mereka sendiri. tapi aku setuju sesuatu kebebasan itu perlu ada limitasi. abis sume nk bebas kalo mcm tu kat KL bole la kite berjalan sambil berbogel!. sume ada limitasi dan harus dipatuhi.

ramai konco-konco aku yang dah makin kurang menulis.mungkin mereka busy. ntah apa yg dia busy tah...khkhkhkh. tapi mmg busy kot. mereka menulis berlainan cara. bepuisi. berkarya. apa saja. letak gambar la. letak video la. tapi itu cara mereka melafazkan kata2 mereka. aku harap yang dah tak menulis akan kembali menulis. rugi kalo bakat-bakat muda ini mati begitu saja.

apa lagi yang hendak diharapkan. cume entri baru dari rakan2. mungkin penulisan ini nampak enteng di mata sesetengah populasi. tapi kita hanya menulis. itu bukan satu jenayah. asal kite patuhi undang2. sebarkan idea. bakat kalian sume.

selamat berkarya konco2!

aku menulis bukan kerna nama!

salam indie!