Friday, April 30, 2010

lelangit senja

tak perlu menyemai benih
andai tak disiram dengan air
tak perlu menyemai cinta
andai tak disiram dengan kasih

biarkan ribut semalam pergi
esok pasti akan mucul mentari

aku sudah malas mencari
biarlah ia datang sendiri

walaupun belum pasti!

Monday, April 26, 2010

belah rotan

kabur seketika
semua org sudah menuju destinasi
pelengkap dalam hidup
sudah mula berbicara
kemana hala tuju mereka
sudah sibuk ke hulu ke hilir
persiapan katakan
ada juga yang baru tersedar
sudah mula mencari-cari
dah lanjut usia katanya
namun aku tetap biasa
bebas dan merdeka
belum seru lagi
atau
cop loser ni belum tanggal
apa boleh wat dah nasib badan!

Sunday, April 25, 2010

sizuka ep.24

aku harap aku dapat jumpe kamu
itu pon kalau kamu sudi la

aku pasti tunggu!

Tuesday, April 20, 2010

sedutan

ranting-ranting
kecil sudah patah
belum tentu
akan ada ranting baru

apa boleh buat
sampai masa ia pasti musnah

aku sudah lemas
mintak oksigen sedikit

Monday, April 19, 2010

sizuka ep.23

tangan bersedia menekan papan kekunci hp
aduh
nak tulis apa ni?
dia mai dah!

blank + nervous

Sunday, April 18, 2010

baca

tiap detik berganti
satu demi satu berlalu
tak akan berundur
pergi tetap pergi

jadikan ia pengajaran
jadikan ia medan penilaian

setiap itu adalah pengalaman
kerna pengalaman itu
adalah

ilmu sejati tanpa limitasi!

Saturday, April 17, 2010

leaking

dirujuk semula
buka balik buku lama
banyak lagi tak cover

tapi
masih tak paham
ulang banyak kali pon tak paham
tanya org pon tak paham

tah2 kamu buat2 tak paham kot?

Thursday, April 15, 2010

tag nama

sejenak memikir
terdetik di hati

adakah naluri ini benar
ataupun
palsu belaka

telah tertinggal
jauh kebelakang
tak terpusing
untuk aku kutip semula

belum noktah masih koma!


Wednesday, April 14, 2010

incident

jalan-jalan
tgk kiri
tgk kanan

wow!

ini yang kita cari selama ini

Monday, April 12, 2010

tisu

mata dah terbuka
telinga dah mendengar
bibir dah tersenyum
otak dah berpusing
jantung dah berdegup

aduh

mulut pulak kelu!

Sunday, April 11, 2010

sizuka ep.22

salam
blh aku ajak kamu kua mkn?
........
oh yeke?
........
it's ok
........
no worries!

Thursday, April 8, 2010

another point

kedengaran denyutan nadi
mengalir kencang seolah -olah
mahu sampai ke penghujungnya
kerna tiada lagi hari esok

mentari nun disana melambai lambai
tanda ia mahu pergi jauh
bulan bersorak girang
tanda ia mahu berjuang semula
keringat ini takkan pernah jemu
hembusan nafas ini takkan mungkin memahami
selami sedalam mungkin
mencari harta tersembunyi sebanyak-banyaknya
cekal tersenyum kekal mencium
ribuan haruman membasahi dunia

jalan masih jauh
belum ada penghalang rasanya
teruskan melangkah deras


be my guest

bahan mudah pecah
hati-hati ketika mengendalikannya!

eh...apa tu?

jaga-jaga kang pecah kang!

Tuesday, April 6, 2010

blow my heart

tersipu sipu
tertunduk tunduk
lemah longlai

kualiti itu ada
kuantiti juga ada

doa sentiasa jadi senjata
aku hanya mahu lihat kamu bahagia

Monday, April 5, 2010

sizuka ep.21

hai
boleh tumpang tanya
pukul brapa ye skunk?

aku lupa bawak jam
kamu tentu tahu kan!


sahutan

gembira rasanya
saat bahgia melihat org lain bahgia
sudah jauh mereka berjalan
pasti akan berhenti juga satu masa nanti

ketawa & senyuman
pasti akan terukir
tanda semuanya telah sempurna

kecapi segalanya
miliki semuanya
gagal dan berjaya
pahit maung bersama

akan aku ucapkan tahniah pada kalian
semuanya hampir sempurna

Saturday, April 3, 2010

silent killer

::if anyone ask about my life today::
::the answer is sucks::
::definitely::

tribute: din beramboi

setiap pagi
bangun tido.mandi
start engine
...perasaan hambar...

bawak kete
buka radio
frekuensi 103.3 fm
...perasaan gembira...

terima kasih
kerana slalu menceriakan pagi aku
al fatihah