Sunday, January 31, 2010

sizuka ep.14

kemesraan takkan wujud tanpa kehendak
kehendak takkan wujud tanpa kerelaan
kerelaan takkan wujud tanpa keikhlasan
keikhlasan takkan wujud tanpa sekeping HATI

*sizuka..aku nk blanja makan rojak & cendol tepi jalan..nak?

Thursday, January 28, 2010

vivid

kenapa perlu bisu andai boleh bersuara
kenapa perlu tuli andai boleh mendengar
kenapa perlu buta andai boleh melihat

andai sesuatu itu datang untuk sementara
pasti ia akan pergi juga akhirnya

andai sesuatu itu datang kononnya untuk selamanya
ia akan pasti pergi juga akhirnya

tak salah rasanya untuk mengatakan yang kita bersalah
tak salah juga rasanya untuk mengatakan yang kita benar

maafkan aku andai aku bersalah
moga kamu tetap bahagia
aku doakan!

Tuesday, January 26, 2010

pinjam

mungkin penglihatan setiap manusia itu sgt berbeda
ada kala nya pendapat itu bercanggah
namun itulah variasi yg dapat dimiliki bersama

aku melihat impian dengan realistiknya
supaya perasaan optimis itu akan muncul

ada org melihatnya dengan optimisnya
supaya impian itu menjadi realiti

aku pasti kedua-duanya saling bergantungan
tak ada yg datang dulu dan tak ada yang datang kemudian

tapi barang diingat kuasa pemilik sekalian alam ini
tanpa-Nya semuanya takkan menjadi
setelah usaha dan tawakkal dilaksanakan

hidup ini semuanya pinjaman
nikmat-nikmat itu pinjaman

itu semua akan hilang
walaupun dengan sekelip mata sahaja

aku tak mintak banyak
aku hanya mahu menikmati pinjaman nikmat itu bersama






Sunday, January 24, 2010

reward

org kata kalo kau nak dibalas baik atas perbuatan kau
kau mesti sentiasa lakukan perbuatan yang baik-baik

maknanya...

mesti aku ada lakukan perbuatan yg tak baik ni
aduh!

sizuka ep.13

sungguh pelik mimpi itu
adakah watak itu benar-benar sizuka?
atau aku yg rabun?

tapi jika ia benar-benar sizuka
aku pasti ia benar-benar ikhlas

aku pasti tak akan menghampakannya
terima kasih sizuka!

Thursday, January 21, 2010

halilintar

seketika hidup ini bagai direjam-rejam
oleh batu-batu insan jahat yang dahagakan kemurkaan
tapi itu akan jadi lebih tenang
kerna kita tau ia dari insan jahat

namun

seketika hidup ini bagai disiat-siat
oleh pisau insan mulia yang bertopengkan darjat tinggi
tapi itu akan jadi sangat sakit
kerna kita tau ia dari insan mulia

adakah yang jahat akan tetap jahat?
atau
adakah yang baik akan tetap baik?

itu semua hanya pakaian manusia
aku lebih berminat
tentang kualiti dan sumbangan yang diberikan

ini bukan noktah
banyak lagi masa untuk berubah
persetan dengan hipokrasi!

dari denai kecil ke denai besar
.........



Wednesday, January 20, 2010

tunduk

kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan di duga

eh...sudah-sudah la bermimpi..bangun-bangun!

Sunday, January 17, 2010

10 years of friendship #3

tiada gunung terlalu tinggi
buat kami daki di tgh padang
tiada jurang terlalu terdalam
buat kami
turun di siang hari
malam gelap
padang lalang
dusun sunyi
pandangan jauh
panas terik hujan berangin
majulah ayuh maju
pantang kalah pantang undur
kerana terlatihnya
pasukan sains selangor
menyapu suma lawan

payung indah mengembang
di angkasa raya
desiran ombak ku kayuh
cuaca buruk ku rempuh
itulah
SAINS SELANGOR!

tribute to SMSS0004

sizuka ep.12

berilah aku peluang dan ruang
kerana jiwa aku tegar untuk kekal setia

senyuman bkn harapan jelingan bukan alasan!

Wednesday, January 13, 2010

10 years of friendship #2

tak mandi tak mandi
busuknya
dah mandi tetapi pahitnya
.............. la orgnya

*..........(biasanya diisi dgn nama org)

tribute to SMSS0004

Tuesday, January 12, 2010

10 years of friendship

berlabuh la malam pabila kan sampai waktunya
fajar subuh mula menyeri
sinar sang suria
sudah sunnahtullah
mentari terbit diiring siang
bintang berkelipan
menyinari keindahan malam
perjuangan hidupku
hanya menuju cita yg satu
dan kebahagiaan
akan ku turut walau diamana
walaupun sengsara
putus asa tiada sekali
kerna ia adalah
keredhaan dari tuhan ku
jikalau islam dipuncak tinggi
akan ku terus jua mendaki
jikalau islam dihujung dunia
kerna islam ku terus berjuang

tribute to SMSS0004

Monday, January 11, 2010

nanti menanti

kalau masa itu blh ditahan untuk berhenti seketika
pasti aku akan tanam bunga-bunga keriangan untuk kamu

kalau masa itu blh berbalik kepada yang dahulu
pasti aku akan jaga diri utk tidak rasa apa yang aku rasa kini

kalau masa itu blh berlari lari dengan lajunya
pasti aku akan suruh ia berjln kerna aku mahu berjln bersama kamu

eh..bila aku mahu buktikan pada kamu ni?



Sunday, January 10, 2010

one 'man' down

kau sudah terjun ke lautan yg terbentang luas
penuh rahsia yang harus dibongkar sehelai demi sehelai
moga cinta yang terjalin akan kekal abadi
bagai air sungai yang terus mengalir tanpa batasan
tahniah

ini bukan cobaan ini betol-betol!

Thursday, January 7, 2010

sizuka ep.11

serba tidak kene
main tembak lalu sasaran tidak kene

ini mungkin hadiah
ini mungkin dugaan
in mungkin jalannya

salam manis buat kamu
moga tuhan pelihara kamu

sign

makin hari makin bertambah usia
adakah manfaat kita juga bertambah
atau
hanya kebinasaan sahaja yang bertambah

tak perlu rasanya
untuk berpatah balik
membetulkan segala yang telah cacat

hanya perlu terus berjalan ke depan
sambil mengelak dari melakukan kecacatan

hati ini akan tetap tidak akan puas
tidak pernah lesu dan jemu untuk merungut

kerna kekadang terlupa yang syukur itu penting
bila sudah dapat lupa berterima kasih

kali ini
bila sudah dapat akan ku ucap syukur!



Wednesday, January 6, 2010

kornea hati

buta tak bererti tidak nampak
mungkin kelihatan tapi tidak jelas

muram tak bererti tidak gembira
mungkin kelihatan tapi sangat sedikit

aku tak mampu utk berkata-kata kali ini
aku hanya mampu membisu

harap-harap ia tidak terus bisu!

Sunday, January 3, 2010

hati

kalau aku ada kemahiran seperti itu
pasti aku akan bina secantik mungkin

pabila ia siap
akan ku pentaskan sebaik mungkin
akan ku hadiahkan tanda keikhlasan
akan ku kabarkan agar ia bukan mimpi

tapi aku masih belum di tahap itu

aku perlu lebih kuat untuk aku gapai segalanya

sizuka ep.10

kehendak itu mungkin ada limitasi
limitasi dalam jangkaan atau luar jangkaan

kemanisan itu pasti hadir selepas kepahitan

aku yakin kehendak perlu melalui kepahitan
sebelum kehendak menjadi kemanisan

ia mungkin elemen penuh kejutan

selamat tahun baru sizuka!