Wednesday, March 31, 2010

legenda

ia akan datang
tak perlu tunggu atau melangut
buat penat badan sahaja

kalau ia benar-benar milik kamu
kamu akan dapat
kalau ia benar-benar bukan milik kamu
pasti akan ada penghalangnya

ilmu sudah sekapal
pengalaman sudah sedalam samudera
kata-kata sudah berbuku-buku

apa lagi tunggu...sebat je la labu...!


Tuesday, March 30, 2010

semart

ucapan segunung kebanggaan
tahniah atas kejayaan
menarik sungguh corak itu
itu lambang kehebatan

tepukan gemuruh!

Sunday, March 28, 2010

Big L

status: married
engaged
in a relationship
single

tolong tambah satu lagi pilihan

status: loser

Saturday, March 27, 2010

cakap tahi

wow menunjuk!
terima kasih atas pertunjukkan itu
aku suka sangat
kalau ada apa-apa lagi nak tunjuk silakanlah
aku sedia melihat

Thursday, March 25, 2010

cool

aku: hai

gadis: you want to say something?sorry i'm hot!

aku: ok..saya sejuk tak hot

Tuesday, March 23, 2010

kepol

oblongata mula mentafsir
pilihan benar atau pilihan salah

petunjuk atau dugaan
mencoret sejarah atau sejarah tercoret

inilah nasib sang penjejak
meninggalkan kesan terpalit tanda
mencari jalan namun tak kesampaian

sejarah takkan pernah berubah!

kabut

jangan besar kepala sangat
jangan tengok org sebelah mata

kita sama-sama makhluk tuhan
sori aku tak hot
kalau kamu hot
teruskan

tunggu penuh sabar sahaja

Sunday, March 21, 2010

badut

puas rasanya hidup begini
ditolak ditarik
menolak menarik

hanya tuhan sahaja yang tahu

Saturday, March 20, 2010

sizuka ep.20

melihat kamu dari suatu sudut buat aku sedar
aku tak layak untuk mendongak
aku tak mampu untuk berkata

ku sangkakan aku mampu mengucap salam
ataupun memberi sedikit senyuman
walaupun ia sesungguhnya tak membawa apa-apa makna

tapi aku tetap dengan kebiasaan aku
jangan pernah berubah!

'big L'


Wednesday, March 17, 2010

missing

padang itu cukup luas untuk dikelilingi
penat rasanya jika diteroka satu bahagian satu bahagian
jemu sudah

aku mahu kembalikan sinar itu
sinar yang pernah terang tanpa kelam

rindu sungguh saat itu
seolah-olah aku sedang memiliknya

aku harap aku akan jumpe kamu!

Tuesday, March 16, 2010

sizuka ep.19

kamu belum tahu ke?
ntah la
mungkin masih ragu-ragu
atau
memang tak mahu

Sunday, March 14, 2010

hope

kalau boleh aku mahu kongsikan segalanya
inilah kesialannya
tak banyak org nk paham

bukan mahu melakukan di luar batasan
sekadar mahu bergembira
kamu pasti mahu rasakannya

aku doakan yg terbaik untuk kita semua


face

"think like you are the champion mate"

gugup
goyang
sayang

Tuesday, March 9, 2010

kekalan

aku risau andai diri ini berundur
andai diri ini tidak mampu bertahan lagi

jangan pernah kamu untuk terus lari meninggalkan diriku
laju memecut tanpa menoleh

kerna aku tetap akan tunggu
detik dan masa itu!

wish

kalau aku mahu pasti sudah lama
jangan matikan harapan seseorang
kerna ia akan pasti menjawab
"apa plak harapan aku lak"

Sunday, March 7, 2010

sizuka ep.18

aku mahu kamu terus bergembira
lambaikan sikit tangan kamu
jangan kejut aku
aku mahu lihat sahaja
meskipun aku lihat dari jauh



lambaian

kamu konco aku susah senang
maaf
aku sedikit terkilan!

Saturday, March 6, 2010

path

lingkungan itu tetap ada
tapi ia mungkin sudah terbatas
aku sudah penat untuk tewas lagi
dah penat untuk dihempap tahi

aku harap aku takkan menemui jalan buntu
kamu harap aku tetap disimbahi cahaya walaupun sedikit

*p/s dari konco: rilek & sabar masa akan tiba!

Thursday, March 4, 2010

burok

"hei kau..kain burok..apa kau wat kat sini..pegi main jauh"

abis madu
sepah dibuang!

Tuesday, March 2, 2010

ucap

aku mula nak bernafas kembali
mata terbuka
telinga mendengar
mulut berkata-kata

tengok kiri tengok kanan
sama sahaja
tapi mungkin ia ada disebalik sana
mungkin juga di seberang sana

eh..apa lagi tegur la!

tutupan

lemak menitik lemak menumpah
bukan itu jadi ukuran
walaupun kekadang kita terlupa
kita naik lemak sampaikan org lain terasa

sampai bila mahu begitu
kalo tertidur tolong kejutkan
kalo terlupa tolong ingatkan

eh..
ingat
jangan besar kepala!