Wednesday, September 30, 2009

muhasabah

Diperlukan atas kamu berperang, sedang berperang itu suatu yang kamu benci ; dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu ; dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.

Al-Baqarah (ayat 216)

Tuesday, September 29, 2009

toilet

kalo sape baling batu tentu dia akan sembunyi tangan
kalo sape berak tgh jalan tentu dia takkan ngaku di yg buat

ni realiti
biasa la

tapi

pernah tak kite fikir

kenapa dia baling batu
kenapa dia berak tgh jalan
mesti ada sebab

sama ada sebab tu ada pada kita
atau
mmg sebab tu dia yg wujudkan

pape pon
tak perlu baling batu kalau boleh guna mulut utk ckp
tak perlu berak tgh jalan kalau boleh guna tandas

post raya

mangkuk-mangkuk perut aku sudah dipenuhi kuih tat nenas,ketupat,rendang,sate,nasi beriani,kambing bakar,mee kari dan pelbagai juadah ari raya...

mewah betul makan kat Malaysia time raya ni...

syukur alhamdullillah

Monday, September 28, 2009

reunion #2

"betula kata ko..ni sume badi sekolah...khkhkhk..patut la ada huruf L besar kat dahi..khkhkhkh

Sunday, September 27, 2009

reunion

"betul la kata ko ...ni badi sekolah dow...khkhkk.."

Saturday, September 26, 2009

ali baba

ya ali bi ali baba
ya ali bi ali
ya ali bi ali baba
ya ali bi ali

lengkap berkopiah dan jubah
senyum manis sampai telinga
sorokkan tipu helah
penuh bergaya tanpa disedari

tunduk dengan desakan
tunduk dengan pengaruh
aduh
cepat nye percaya
cepat nye tertipu

ya ali bi ali baba
ya ali bi ali
ya ali bi ali baba
ya ali bi ali

aku tak mahu jadi ali baba
aku juga tak mahu jadi ketua penyamun
sial

Friday, September 25, 2009

raya

"pergh..kalau tak penat bukan raya namanya"

raya...raya...raya...

penat...

Sunday, September 20, 2009

sinaran syawal

hari lebaran yang dnanti muncul lagi

dengan penuh rasa diri
aku ingin memohon seribu kemaafan
moga eid kali ini membawa seribu kerahmatan kepada kita


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Friday, September 18, 2009

pre raya #2

masih aku teringat tahun lepas

1. bersiap menggosok baju melayu lengkap
2. bersiap memakai baju melayu di badan sendiri
3. menunggang motor ke fakulti dengan baju melayu
4. berselisih dengan rakan kolej lalu disapa "ko kenapa ni belum raya dah pakai baju raya ni"
5. masuk ke kuliah dengan baju melayu
6. semua rakan-rakan juga memakai baju raya masing lelaki berbaju melayu perempuan berbaju kurung
7. bersalaman sesama sendiri sambil mengucapkan selamat hari raya walaupun belum raya
8. bergambar bersama tanda kenangan seolah-olah telah raya

sume bersemangat seperti hari raya
sume bersalaman seperti hari raya
sume berpuasa kerana belum tiba hari raya

#napa aku tetiba nak nangis ni..huhuu

Thursday, September 17, 2009

pre raya

masih teringat aku dua tahun lepas...

1. beramai-ramai ke jln TAR beli belah utk raya
2. beramai-ramai berbuka pose di kaki lima dpn Campbell mkn nasi kerabu
3. beli songkok 5 inci dgn kodiang
4. beli kasut sama pattern dgn tabligh
5. berebut-rebut masuk komuter
6. menjerit dalam komuter sambil berkata 'hati-hati kang songkok raya aku rosak'
7. sama-sama mencuba barangan yg dibeli di hostel


tapi semua itu tinggal kenangan
tahun ini cukup berbeda
dah tak guna duit scholar
dah tak guna duit ptptn
dah tak beramai-ramai
dah ada yg sudah membeli-belah bersama gf masing-masing

aku tetap disini
aku tetap begini
tiada byk berubah

Wednesday, September 16, 2009

timun vs durian #2

yang gagah tetap dengan kemenangan...
yang cantik tetap dengan kemegahan...
yang pandai tetap dengan kehormatan...
yang kacak tetap dengan kesanjungan...

luaran...luaran...luaran...

palsu...palsu...palsu...

dusta..dusta..dusta...

sampai bila golongan marhain akan mendapat tempat sewajarnya...

timun vs durian

si tua : apa boleh buat kita ni timun dorang durian...

si budak : betul tu pakcik..kita ni timun je..duduk diam pon kene...duduk tak diam pon kene...

si tua : abis..macam mana ni?takkan selamanya kita nk jadi timun...atau...takkan selamanya dorang nk jadi durian...

si budak : realiti dunia..yg kaya tetap kaya..yg miskin tetap miskin..

Tuesday, September 15, 2009

konco-konco

dikelilingi rakan-rakan yg hebat...
sume sudah ada masa depan...
itu membuat aku bangga dgn mereka...

tahniah buat mereka...
kalian mmg yg terbaik...

Monday, September 14, 2009

bangkit

kemana pergi semuanya...
hilang bayang hilang jasad...
senyap sunyi kelu seribu bahasa...
hilang kata-kata hilang lagak...

kalau mahu pergi berperang...
takkan hanya bawa semangat...
akal dan kelengkapan juga perlu...
baru lengkap misi seorang pejuang...

kembara itu masih jauh...
belum sampai di hujung lagi...
kalau kita tak sedia...
pasti kecundang di masa depan...

bangkit dan terus bangkit

Friday, September 11, 2009

nur malam #2

"once it comes to worst, let it go"


#aduh...nur kasih plak mlm ni...khkhkh

nur malam

sunyi sepi kejap dunia ini...
ancaman demi ancaman kian terkakis...
maju mundur adat duniawi...
kala hidup makin gembira dari sadis...

kalo hidup bertongkatkan kayu...
nescaya kayu itu perlu tetap utuh...
kalo hidup berpayungkan langit...
pastikan kita tak basah disimbah hujan...

adat manusia...
mahu itu..
mahu ini...

tapi...

perlu ingat dunia sekadar pinjaman...

p/s: banyakkan amal dalam sepuluh malam terakhir

Tuesday, September 8, 2009

kobis bunga

"cinta itu ibarat pertembungan dua hati bagai pertembungan sungai gombak dan sungai klang"

Monday, September 7, 2009

shopping raya

semalam aku kua ngan parent g shopping raya...
tatkala aku sedang menyalin seluar dalam fitting room...
aku dengar bumi org diluar...
biasa la org ramai...
khkhhk....

aku kua aku tgk ada dak pompuan...
member aku...
dia pon tegur aku...

"aik dah keje pon takkan shopping ngan family"

pantas aku menjawab...

"mmg mcm ni..ini dinamakan family planning"

Thursday, September 3, 2009

merdeka 52 #2

kalau merdeka itu sudah nyata...
bila bangsa kita mahu merdeka sepenuhnya...
merdeka akal jiwa dan tingkah laku...

jgn kerana nk tolong sgt bangsa, pertolongan itu akan merosakkan bangsa

ajim farid. 2009