Monday, February 28, 2011

keminatan

hidup ini sangat unik. setiap org aku percaya ada kisah nye tersendiri. biasa la. semua org nk rasa susah senangnya hidup ini. arini gua nk cite pasal minat.

bila cakap pasal minat memang sume org ckp minat dia la yang best. contoh: "best dow....ko tak minat kasut ni ke", "pergh...minat tol aku kete tu...", "sumpah aku minat awek tu"

tapi kekadang dalam tak sedar kite lupa yang minat kite tu kita tak mampu nak gapai pon. mungkin kalo minat kasut. kita ada limitasi wang & tak da tempat nak simpan. kalo minat awek mungkin limitasi paras rupa (mungkin yg ni kene ngan gua...khkhkh).

jadi. aku rasa kite perlu realistik. tetapi tak salah untuk jadi idealistik. sbb semua benda yang real tu mesti mula ngan idea kan. tapi at last once come to the decision time. we should choose. either is really worthy or not.

contoh. kalo lu ada lima ratus. lu tau yang duit tu mmg cukup2 untuk lu makan untuk bulan tu. tapi nak gak ikut kehendak lu nak beli kasut. so lu gune la duit tu. last2 lu kene hutang n mkn megi sebab lu tak cukup duit. kalo lu sanggup ok je.

ramai org kate.muke tak ensem awek cun. tah la. tak betul tak tidak statement ni. tapi chantik & chenta tu subjektif. org kate dia cantik tapi maybe gua kate dia 'klise'.so ikut mata masing-masing kot. bile gua sembang ngan pompuan. mostly (70% based on my own survey) cakap rupa paras bukan ukuran.kekadang gua nak tergelak gak. tapi bile gua pikir balik gua kene caya gak. sebab kalo gua tak caya kang tak da awek lak nak kat gua yang tak ensem ni (saje gua nk poyo..kkhkhk). tapi seus rupas paras tu actually ukuran cume the way u look into it. senang cite ia mmg parameter tapi macam mana lu gune n lu ukur.

contoh. lu kate cantik sbb muke dia mmg cantik. atau lu kate cantik sbb hati dia yang cantik. (ni gua cakap bukan untuk pompuan je lelaki skali tau). so ikut lu org la. kalo gua bising pon tak leh. sbb tu lu org punye standard. lu org yg letak lu punye standard sendiri. org lain tak leh.

pape pon. lu org try la pikir pikir kan. sbb lu org punye diri. lu org punye hati. lu org punye duit.

tak kire apa lu org minat. kasut ke. kete ke. rumah ke. basikal ke. bele ular ke. gua kene support. sbb tu lu org punye minat. so sama- sama kite support sama sendiri!

salam indie!

Sunday, February 27, 2011

spasiva

sudah lama rasanya tidak menulis. seperti biasa sibuk dengan kerja seharian menjadi alasan.bullshit sebenarnya. malas mungkin alasan yang betul.

sejak beberapa bulan kebelakangan ini. penulis-penulis tegar (konco-konco aku) juga semakin kurang menulis. cuma http://azimfarid.blogspot.com yang giat menulis. gua caya lu bro!

kali ini aku cuma mahu ceritakan kenangan bersama konco-konco yang takkan aku lupakan.

selepas tamat pengajian di Bangi Bumi Reggae. semua semakin hilang. mencari tapak. mencari harta kekayaan. itu sume impian kami. mahu berkereta besar. mahu berumah besar. mahu berawek seksi. mahu minum di starbuck. mahu makan di chillis. mahu naik kapal terbang. mahu beli EP di gig. mahu makan meatball di ikea. mahu shopping di quicksilver. mahu ke konsert (bukan kosert k-pop). banyak betul impian kami! tak larat gua nk tulis sume!

skunk sume makin jelas.bob sudah ada nissan lation line merah. germ sudah ada DMX (company kasi free kat dia). milo sudah ada saga BLM. tak kurang juga konco SMS. pa jubo sudah ada ViVa. marjang sudah ada Savvy. Ai sudah ada waja. Konco clothing abg jae ensem sudah ada MyVi (ke ko ada kete baru jae?). Konco kerja sudah ada Volkswagen polo (kme & tariq). sudah ada Proton Persona (Hafiz D). sume sudah mampu. siapa kata konco-konco indie tidak mampu. Sumenye merdeka & mampu berdiri sendiri. tahniah kalian!

Ramai juga yg sudah meninggal kan zaman 'loneranger'. kalo nak disenaraikan mmg tak terlarat. meraka telah berjaya membina keluarga. cuba membahagikan kebahagian bersama keluarga & rakan-rakan. Aktiviti & masa mmg makin tenat bagi meraka. tapi sebagai konco kita semua wajib paham dan beri peluang.

konco-konco aku yang baru lepas belajar & dan baru mula mencari tapak juga makin ramai. aku rasa bangga ada konco-konco sperti kalian. sanggup berusaha dlm dunia capitalism ini. teruskan usaha aku yakin kesugguhan & kegigihan kalian akan membuahkan hasil. Sok dah kaya jgn lupa gua bro!yang masih belajar. aku tau kalian akan berjaya satu hari nanti! kaya dan raya!

buat semua yang sanggup susah senang bersama. terima kasih banyak! jasa kalian takkan aku lupakan!

nak aku senaraikan semua nama konco-konco tidak adil rasanya. takut nanti tak tersenarai ada yang akan berkecil hati. tapi buat sume dari sekolah, matrik, universiti, event2 indie, kerja dan lain-lain.aku takkan pernah lupakan jasa kalian. terima kasih!

hidup matiku indie!

salam indie dari bumi 0 darjah celcius.