Wednesday, December 30, 2009

gas

sudah terlalu padat rasanya
moga ada ruang yang lebih istimewa

jika ia bukan ruang untuk aku
aku redha

jika ia memang ruang untuk aku
aku syukur

ini ikhlas tak perlu ragu-ragu

aku mahu berhenti bernafas seketika!


Monday, December 28, 2009

sisipan

tikar terbang ini sudah tersedia
tinggal nak naik dan terbang

apa lagi yang kamu nantikan?
masih ragu-ragu?

aku janji kamu takkan menyesal
ini pengalaman aku bersama kamu

mari aku pimpin tangan kamu utk terbang bersama aku!

Saturday, December 26, 2009

harum

i think i found a flower in a field of weeds

Friday, December 25, 2009

endurance #11

Ya Allah..berilah kami kekuatan untuk berbakti kepada tanah air tercinta

Wednesday, December 23, 2009

sizuka ep.9


salam diberi mungkin tidak didengari dan tidak disambut
salam diberi mungkin didengari tapi tidak disambut
salam diberi mungkin didengari dan disambut

salam buat sizuka!

Tuesday, December 22, 2009

bubble

kalau diberi peluang aku mahu berlari di atas buih-buih lautan
terus berlari tanpa henti
lalu aku ingin ucapkan

aku sudah penat
aku mahu tamatkan larian ini

di mana garisan penamatnya?

Monday, December 21, 2009

colors #2

"mungkin ko je tak nampak color tu...maybe ia dah dekat...tgk dgn mata hati"

Sunday, December 20, 2009

ligat

sejuk mata memandang
menoleh seolah-olah tersalah pandang
namun aku tetap tenang

menelan air seperti lemas berenang
bergelen-gelen peluh keluar bergenang
biasa la adat seorang pejuang

kalau dia tau yang dia akan kesana
pasti dia akan befikir yang dia tak bersedia

redah saja apa lagi nak fikir!



Saturday, December 19, 2009

colors

hujan renyai-renyai membasahi kasut
awan kekal kealabu tanda muram
aku mengharapkan akan ada sinar mentari
kerna aku ingin lihat sang pelangi

ingin ku khabarkan pada pelangi
yang aku telah ada 6 warna
aku cuma mahu satu lagi warna
warna pelengkap

bolehkah aku memilikinya?

Thursday, December 17, 2009

sizuka ep.8

kali cukup berbeda dengan keadaan kebiasaan
dimana hala tuju seterusnya?
andaikan ia sekadar sebuah mimpi indah
adakah ia akan menjadi realiti seluruhnya

harapan hanya tinggal harapan
kalau ia kerap menular nescaya ia tidak mampu dikawal
ia tak mampu dibendung lagi

aku mengharap akan ada pujangga yang akan membantuku
kalau bukan di waktu ini mungkin di masa depan

kini aku hanya mampu tunduk layu
bagai daun yang mengharapkan embun sentiasa membasahinya

ini bukan omongan buta tuli
ia realiti

sekali lagi aku ucapkan selamat malam sizuka!


bayu laut

biarkan kisah duka pergi bersama bayu

lupakanlah kisah silam kerna kisah baru pasti akan muncul

aku pasti ia akan muncul!




Wednesday, December 16, 2009

sizuka ep.7

berlantaikan samudera biru terbentang luas
berlangitkan awan biru berkepul mendung
semua ciptaan maha agung tuhan semesta alam

aku bagaikan si ikan kecil
yang mencari ruang dikalangan ikan besar

penuh cabaran bagai dihempas ombak
namun aku akan bertahan dan tetap bertahan

menanti dan terus menanti

selamat malam sizuka!

Monday, December 14, 2009

sizuka ep.6

aku tetap menanti walaupun badai datang sekali pon

Saturday, December 12, 2009

biasan

sgt biasa utk dikatakan luar biasa
ini bukan kelainan tapi keistimewaan
semua memiliki kualiti yang berbeza

aku kembali ke dunia asal aku
berpijak di bumi nyata

sampaikan salam pada semua

Tuesday, December 8, 2009

rocket kertas

senyum tak bererti setuju
muram tak bererti bantah

tepuk dada tanya selera

sampai bila mahu menongkat dagu menunggu bulan jatuh ke riba

Saturday, December 5, 2009

wait on weather

tarik nafas
pejam mata
cuba tenang

aku mahu lari jauh-jauh!

Thursday, December 3, 2009

belahan

kenapa nk tebang sume pokok di taman
pokok tu salah pape pon
ia pon ada hak utk hidup
kalo dah tak suke sgt
kenapa tanam dari awal lagi?
pelik-pelik

setiap sesuatu itu berlaku mesti ada sebab!

yang paling penting ini ketentuan-Nya

Wednesday, December 2, 2009

sizuka ep. 5

getaran ini sangat unik
belum pernah ia bergetar sekuat ini
bukan kerna anasir luar yang mempengaruhinya
ini totalnya secara semulajadi

masa berlalu pergi
cepat atau lambat bkn ukuran
ini mungkin sudah suratan
bingung terpegun melihatnya

adakah hanya menanti mentari senja terbenam lalu kembali menanti hari esok?

Tuesday, December 1, 2009

simfoni

tidak salah untuk berkata "ya"
tidak salah juga untuk berkata "tidak"
kerna kita ada hak berkata demikian

apa yang lebih penting adalah kesannya
adakah yang baik akan dibalas jahat?
adakah yang jahat akan dibalas baik?

terpulang kepada tanggapan masing-masing
namun bagi aku
pemikiran yang jelas hala tujunya
itu lebih penting

guna mata lalu tafsir dengan akal

jangan cuba bermain api jika tidak tahu memadamkannya
kerna kita semua belum cukup bagus!




Sunday, November 29, 2009

terima kaseh

biarkan ombak itu menghempas pantai
kerna satu hari ia pasti akan kembali tenang

biarkan bulan menerangi malam
kerna satu masa ia pasti akan hilang

sampaikan salam aku pada si bintang
kerna aku sangat menyukainya

terima kasih!

Saturday, November 28, 2009

sizuka ep.4

potret kali ini cukup berbeda
adakah ia lukisan teragung yg pernah mata aku melihatnya
atau cuma ilusi minda yang mengaburi imaginasi

cermin kaca sudah jelas memaparkannya
tak perlu rasanya utk melihat disebalik kaca itu
biarkan ia duduk diam di situ

potret ini akan ku simpan elok-elok
agar ia tetap seperti asalnya

moga warnanya akan tetap segar hingga akhirnya

kelip kelip

adakah jalan itu sudah tertutup
aku tak nampak sinar di hujung jalan itu
atau
aku yang buta

somebody help me please....

Friday, November 27, 2009

eid

salam eid buat sume
especially buat keluarga.konco-konco.girlfriend (mcm takde..khkhkh)
moga-moga aidil adha kali ini membawa sejuta keberkatan

allahu akbar allahu akbar allahu akbar walilah ilham

Thursday, November 26, 2009

real time

ini bkn siaran ulangan
ini siaran langsung

jangan amik mudah!

Tuesday, November 24, 2009

nasi lemak

merdeka itu bkn utk tanah air sahaja
setiap umat harus turut merdeka
aku bangga kerna ada saudara yang begitu merdeka
walaupun ia bukan kebanggaan keluarga

perbuatan kamu itu cukup berani
kamu kini boleh digelar
melayu merdeka!

Sunday, November 22, 2009

sizuka ep 3

kalau menarik adakah ia benar menarik
kalau menolak adakah ia benar menolak

jatuh bangun adat permainan
bukan senang utk sentiasa memastikan impian itu terlaksana
kerna manusia tetap akan alpa & cuai

merasakan ia terlalu hebat kerna kehebatannya
tapi betul-betul kah kita tahu kehebatannya
jangan kehebatan bertukar kelemahan

nikmat itu dikongsi
moga kita akan menaiki kapal yg menuju pulau yg sama

jalinan 2

kalau itu lingkungan yg ko tetapkan
kalau itu penjara yg membatasi segalanya
titik nokhtah belum tercatit lagi

kita rempuh bersama

penuhkan ruang dengan bunga keasyikan
senyu.gelak.ketawa
itu antidote terbaik

Friday, November 20, 2009

jalinan

letakkan sesuatu itu pada tempatnya
itu satu yg cukup mulia
bkn mengejar haruman nama
cume sumbangan penuh bermakna

kau punye kau jaga
aku punye aku jaga
ada lebih kita kongsi

rezeki tuhan harus dikongsi bersama kerna ia akan lebih bermakna


Wednesday, November 18, 2009

sizuka ep. 2

aku pusing dan aku keliru
selepas bulan malam malap
selepas mentari siang terbenam
adakah gerimis akan menghadirkan pelangi indah

aku cuba utk jadi terbaik
aku cuba utk beri seribu warna

tapi

adakah aku berdaya
mengharungi ombak badai
kerna aku bkn enggang
yang mampu terbang tinggi dengan penuh megah

aku hanya mahu sedikit ruang


Monday, November 16, 2009

sizuka

ia merupakan satu anugerah
nikmat yang dikongsi sepasang hati
penyatuan dua jiwa kosong yang kini penuh warna
ini bukan rekaan tapi ketentuan

keunggulannya bukan sekadar kebiasaan
ia luar biasa
bukan boneka untuk dijadikan bahan gelak-ketawa
mampu mercerminkan segala pantulan cahaya

bukan omongan si budak kecil yang mahukan gula-gula
bukan teriakkan si nakal tatkala jatuh basikal
ini realiti ini betul-betul

jangan jadi hamba chenta jadilah penyubur chenta

Sunday, November 15, 2009

chance #2

it is not just what u *WANT....it is also what u *HAVE....

Wednesday, November 11, 2009

chance

I wont hesitate you...give a chance....

Tuesday, November 10, 2009

ikatan & simpulan

suria pagi ini cukup gemilang
terang benderang menerangi segenap ceruk buana

aku melihat seluruh umat manusia cukup gembira
senyum dan ketawa mewarnai suasana pagi

penuh warna penuh corak
cukup indah cukup tenang

aku harap aku akan jadi sebahagian darinya
terus memberi kegembiraan dan keseronokkan

sayang situasi sayang sekeliling
sayang sendiri sayang semua

pateri segalanya bersama



Sunday, November 8, 2009

pintu

jika kita mahukan sebuah kebahagian
jangan kita buka pintu kedukaan

jika kita mahukan sebuah kejayaan
jangan buka pintu kegagalan

tapi

takkan bermakna sebuah kebahagian tanpa kedukaan
takkan bermakna sebuah kejayaan tanpa kegagalan

have some faith




eye #2

menilai bukan kerna aku cukup tinggi utk menilai
memberi pendapat bukan kerna aku cukup ilmu
mengutuk bukan kerna aku sentiasa dipuji

aku mahu menghadiahkan sesuatu
hadiah yang mungkin biasa
tapi bagi aku itu cukup besar nilainya

hadiah sebuah nilai kasih sayang sesama umat


eyes

aku tunduk melihat ragam manusia yg penuh corak & aku dapati kita ada kualiti homogen

Saturday, November 7, 2009

langit dan bumi

mendapatkan apa yg diidamkan adalah satu idaman
namun bukan semua yg menjadi idaman akan dinikmati
perkongsian bukan sahaja penyerahan kejujuran
ketelusan budi penghayatan budaya perlu dititikberatkan

menolak bukan bererti tidak mahu
menerima bukan bereti segalanya

kalau mudah menghebahkannya pada setiap insan
tak perlu sebenarnya kita menceritakan pada si bulan
bulan akan jadi pendengar setia setiap keluhan
tapi belum tentu si bulan ada nilai keistimewaan

dosakah aku untuk berasa dinilai sama shaja dgn mereka yg hebat?

aku hanya mahu berkongsi
terpulang pada kamu

chenta itu seperti pohon yg baru ditanam kerna ia perlu disemai dan dijaga


Thursday, November 5, 2009

kiri kanan

kalau berpaling pada hakikat kita akan merana
terima dan redha adalah jalan terbaik
mungkin semua adalah di luar batasan pelaksanaan manusia
moga sang bintang akan mendengar keluhan kita
kerna sang bintang teman setia di mlm hari

yg palg utama adalah mohon petunjuk dari-Nya

Wednesday, November 4, 2009

saprah

andai kain putih diberikan utk aku mencorakkanya, akan aku corakkan dengan warna cinta

mimpi

kadang-kadang mimpi akan tetap jadi mimpi tanpa bertukar menjadi kenyataan

aku bermimpi?

Tuesday, November 3, 2009

80:20

aku berpaling lalu berkata ya
dia berdiri lalu berkata tidak
aku pegun lalu mengukir senyum
dia berjalan lalu memaling wajah
aku berlari lalu menarik nafas
dia duduk lalu melihat ke arah lain

it is all about possibility

im looking

aku bangga kerana aku ditemukan dengan org yg bertuah
aku bangga kerana aku ditemukan dengan org yg hebat
aku bangga kerana aku ditemukan dengan org yg berpengalaman
aku bangga kerana aku ditemukan dengan org yg seperti aku

cuma

aku takut kerana aku belum bertemu dengan........

Sunday, November 1, 2009

dari bangi ke manchester

seharian bersama gagasan keraROCKclothing sungguh menakjubkan


terima kasih keraROCKclothing

kelodak

belum reda ombak semalam
sudah di timpa ribut pula
pasir dulunya kering kini telah basah
pohon kelapa dulunya tegak kini sudah goyang

biarkan keladak itu pergi bersama ribut
harap yang tinggal pasir berkilau penuh cahaya

aku tunggu gelombang kedua
harap-harap kali ini adalah hasil



Saturday, October 31, 2009

zzz

mode: silent
place: remote area
time: day till night
no. of people: alone

aku mahu sedut semua udara
aku mahu lihat bulan dan bintang
terima kasih sekitaran





Friday, October 30, 2009

obsessi

kopi O ais.duduk.minum.borak.gelak.

ini satu nikmat

Wednesday, October 28, 2009

bintang kejora

kalau kita memilih pasti ia ada kebarangkalian
sama ada pilihan itu betul atau salah
kalau betul adakah ia benar betul
kalau salah adakah ia benar salah

jangan mudah bangun dan berkata bongkak
namun jangan hanya duduk dan diam membisu

itu lumrah
kekadang di atas
kekadang di bawah

tapi kalau asyik kat bawah je bila nak naik atas?
bukan susah
lif dan tangga kan ada

Tuesday, October 27, 2009

bawaku angkasa raya

pemberian bukan perkara mudah
penerimaan juga bukan perkara mudah
kalau itu sudah suratan
kalau itu sudah ketentuan
aku syukur
aku redha
Dia Maha Mengetahui

aku mahu terbang tinggi
tolong kupu-kupu jgn terbang dalam perut ku

Sunday, October 25, 2009

cincin belah rotan

yesterday, i was attending my cousin's house for her engagement day. my aunty was asking me a question.

aunty: hang bila lagi?

aku: hmm...hmm...hmm....(sambil aku tergelak)..agak2 kuih tepung talam ni sedap tak?

aunty: (aunty aku buat muka pening sebab aku tak menjawab soalan)


#for alya (my cousin) selamat bertunang. tahniah.

Saturday, October 24, 2009

dua alam

sampah.cun.sampah.cun.
cun.sampah.cun.sampah.

Thursday, October 22, 2009

change

hidup ini takkan pernah berubah jika kita tak cube utk berubah
semua benda akan tetap pegun kalau tiada daya bertindak atasnya

di mana ada kemahuan di situ ada jalan


Wednesday, October 21, 2009

sedu senduan

mekar mengembang karat di bibir...
adakah itu karat baru atau lama...
yang dulu pon tak abis lagi...
dah muncul yg baru...

tolong la kikis bagi habis dulu...
kaler jingga cerah dah nk jadi jingga pekat...
berlubang-lubang plak tu...
teruk-teruk...

aku nk kejar takut tak sempat...
nak berjalan takut lambat sangat...
nak tutup cahaya mentari tak terdaya...
nah tahan udara tak terlawan...

maybe one day the truth will come

Tuesday, October 20, 2009

terkedu kedu

kosong dengan perkataan, kosong dengan tindakan,
kosong dengan bicara, kosong dengan perbuatan,
duduk melangut menatap bulan, duduk menjeling melihat awan,
peluk tubuh kerna malas, peluk erat tak mahu lepas,

kalau itu sebabnya,
kenapa tidak berani,
kenapa malu utk maju,
kenapa takut utk berkata ya,

cukup,cukup,cukup,
masa dah makin tenat,
bukak mata luas-luas,

aku usaha
aku tawakkal
aku redha

Monday, October 19, 2009

serabut kabut #3

begitu hebat ciptaan tuhan ini, begitu agung keindahannya,
semua hadir dalam pakej penuh perbedaan,
kuat lemah lembut keras,
menghakimi dan menilai itu sahaja kerja manusia,
sampai terlupa kita sebemarnya tak layak mengukur sesuatu,

tapi menilai itu sudah jadi lumrah dan darah daging,
yang menang akan disorak, yang kalah akan dihambur,

letakkanlah sesuatu itu pada tempatnya,
jujurlah dalam menghalusi setiap liang rongga,
yang indah tak semestinya cantek,
yang kusam tak semestinya buruk,

mungkin sinar kualiti itu tersorok,
cuba cari dan gali kualiti itu,
pasti suatu hari akan ketemui,
insyaallah

Sunday, October 18, 2009

serabut kabut #2

kalau cantek baju di badan jadi ukuran, sudah pasti kita dapat kecantekkan,
kalau buruk warna di baju jadi ukuran, sudah pasti kita dapat keburukkan,
kebaikan dan keburukkan terlalu subjektif,
ketinggian akal manusia juga mampu tersalah memberi andaian,

pohonlah petunjuk yang maha-Esa
moga-moga kita diberikan jalan yang lurus

sayonara PIPE 48

pertemuan itu fitrah, perpisahan itu pasti,
begitulah kitaran hidup, sudah jadi sunnahtullah,
hadir tanpa dipinta, pulang tanpa dilepas,
pabila di mata ia diabai, pabila jauh cuba digapai,
menjerat hati-hati insan berperasaan bukan kerja mudah,
mudah dilambung ke kiri dan ke kanan,
bagai si bola terbuai di lautan luas,
hanya doa dan amal mampu memperkemaskan segalanya,
moga bertemu dan berpisah dipayungi rahmat-Nya

Saturday, October 17, 2009

serabut kabut

buat konco,

jangan diendahkan sgt mainan perasaan itu. jangan difikirkan sgt kekacauan jiwa itu. jgn pernah rasakan diri kita sahaja dirundung malang. kita semua sama sahaja. perkongsian itu satu nikmat. apa salah berkongsi andai kata kongsi itu satu kelebihan.

jangan tanya bila dan kenapa kita jatuh. cuma fikir adakah jika kita tidak pernah jatuh kita mampu utk berlari sehingga ke tahap ini.

ukirkan senyuman. lemparkan hilai tawa. selagi kita mampu. selagi kita bernafas. kerana senyuman dan hilai tawa yg ikhlas mampu mewarnai dunia.

Wednesday, September 30, 2009

muhasabah

Diperlukan atas kamu berperang, sedang berperang itu suatu yang kamu benci ; dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu ; dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.

Al-Baqarah (ayat 216)

Tuesday, September 29, 2009

toilet

kalo sape baling batu tentu dia akan sembunyi tangan
kalo sape berak tgh jalan tentu dia takkan ngaku di yg buat

ni realiti
biasa la

tapi

pernah tak kite fikir

kenapa dia baling batu
kenapa dia berak tgh jalan
mesti ada sebab

sama ada sebab tu ada pada kita
atau
mmg sebab tu dia yg wujudkan

pape pon
tak perlu baling batu kalau boleh guna mulut utk ckp
tak perlu berak tgh jalan kalau boleh guna tandas

post raya

mangkuk-mangkuk perut aku sudah dipenuhi kuih tat nenas,ketupat,rendang,sate,nasi beriani,kambing bakar,mee kari dan pelbagai juadah ari raya...

mewah betul makan kat Malaysia time raya ni...

syukur alhamdullillah

Monday, September 28, 2009

reunion #2

"betula kata ko..ni sume badi sekolah...khkhkhk..patut la ada huruf L besar kat dahi..khkhkhkh

Sunday, September 27, 2009

reunion

"betul la kata ko ...ni badi sekolah dow...khkhkk.."

Saturday, September 26, 2009

ali baba

ya ali bi ali baba
ya ali bi ali
ya ali bi ali baba
ya ali bi ali

lengkap berkopiah dan jubah
senyum manis sampai telinga
sorokkan tipu helah
penuh bergaya tanpa disedari

tunduk dengan desakan
tunduk dengan pengaruh
aduh
cepat nye percaya
cepat nye tertipu

ya ali bi ali baba
ya ali bi ali
ya ali bi ali baba
ya ali bi ali

aku tak mahu jadi ali baba
aku juga tak mahu jadi ketua penyamun
sial

Friday, September 25, 2009

raya

"pergh..kalau tak penat bukan raya namanya"

raya...raya...raya...

penat...

Sunday, September 20, 2009

sinaran syawal

hari lebaran yang dnanti muncul lagi

dengan penuh rasa diri
aku ingin memohon seribu kemaafan
moga eid kali ini membawa seribu kerahmatan kepada kita


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Friday, September 18, 2009

pre raya #2

masih aku teringat tahun lepas

1. bersiap menggosok baju melayu lengkap
2. bersiap memakai baju melayu di badan sendiri
3. menunggang motor ke fakulti dengan baju melayu
4. berselisih dengan rakan kolej lalu disapa "ko kenapa ni belum raya dah pakai baju raya ni"
5. masuk ke kuliah dengan baju melayu
6. semua rakan-rakan juga memakai baju raya masing lelaki berbaju melayu perempuan berbaju kurung
7. bersalaman sesama sendiri sambil mengucapkan selamat hari raya walaupun belum raya
8. bergambar bersama tanda kenangan seolah-olah telah raya

sume bersemangat seperti hari raya
sume bersalaman seperti hari raya
sume berpuasa kerana belum tiba hari raya

#napa aku tetiba nak nangis ni..huhuu

Thursday, September 17, 2009

pre raya

masih teringat aku dua tahun lepas...

1. beramai-ramai ke jln TAR beli belah utk raya
2. beramai-ramai berbuka pose di kaki lima dpn Campbell mkn nasi kerabu
3. beli songkok 5 inci dgn kodiang
4. beli kasut sama pattern dgn tabligh
5. berebut-rebut masuk komuter
6. menjerit dalam komuter sambil berkata 'hati-hati kang songkok raya aku rosak'
7. sama-sama mencuba barangan yg dibeli di hostel


tapi semua itu tinggal kenangan
tahun ini cukup berbeda
dah tak guna duit scholar
dah tak guna duit ptptn
dah tak beramai-ramai
dah ada yg sudah membeli-belah bersama gf masing-masing

aku tetap disini
aku tetap begini
tiada byk berubah

Wednesday, September 16, 2009

timun vs durian #2

yang gagah tetap dengan kemenangan...
yang cantik tetap dengan kemegahan...
yang pandai tetap dengan kehormatan...
yang kacak tetap dengan kesanjungan...

luaran...luaran...luaran...

palsu...palsu...palsu...

dusta..dusta..dusta...

sampai bila golongan marhain akan mendapat tempat sewajarnya...

timun vs durian

si tua : apa boleh buat kita ni timun dorang durian...

si budak : betul tu pakcik..kita ni timun je..duduk diam pon kene...duduk tak diam pon kene...

si tua : abis..macam mana ni?takkan selamanya kita nk jadi timun...atau...takkan selamanya dorang nk jadi durian...

si budak : realiti dunia..yg kaya tetap kaya..yg miskin tetap miskin..

Tuesday, September 15, 2009

konco-konco

dikelilingi rakan-rakan yg hebat...
sume sudah ada masa depan...
itu membuat aku bangga dgn mereka...

tahniah buat mereka...
kalian mmg yg terbaik...

Monday, September 14, 2009

bangkit

kemana pergi semuanya...
hilang bayang hilang jasad...
senyap sunyi kelu seribu bahasa...
hilang kata-kata hilang lagak...

kalau mahu pergi berperang...
takkan hanya bawa semangat...
akal dan kelengkapan juga perlu...
baru lengkap misi seorang pejuang...

kembara itu masih jauh...
belum sampai di hujung lagi...
kalau kita tak sedia...
pasti kecundang di masa depan...

bangkit dan terus bangkit

Friday, September 11, 2009

nur malam #2

"once it comes to worst, let it go"


#aduh...nur kasih plak mlm ni...khkhkh

nur malam

sunyi sepi kejap dunia ini...
ancaman demi ancaman kian terkakis...
maju mundur adat duniawi...
kala hidup makin gembira dari sadis...

kalo hidup bertongkatkan kayu...
nescaya kayu itu perlu tetap utuh...
kalo hidup berpayungkan langit...
pastikan kita tak basah disimbah hujan...

adat manusia...
mahu itu..
mahu ini...

tapi...

perlu ingat dunia sekadar pinjaman...

p/s: banyakkan amal dalam sepuluh malam terakhir

Tuesday, September 8, 2009

kobis bunga

"cinta itu ibarat pertembungan dua hati bagai pertembungan sungai gombak dan sungai klang"

Monday, September 7, 2009

shopping raya

semalam aku kua ngan parent g shopping raya...
tatkala aku sedang menyalin seluar dalam fitting room...
aku dengar bumi org diluar...
biasa la org ramai...
khkhhk....

aku kua aku tgk ada dak pompuan...
member aku...
dia pon tegur aku...

"aik dah keje pon takkan shopping ngan family"

pantas aku menjawab...

"mmg mcm ni..ini dinamakan family planning"

Thursday, September 3, 2009

merdeka 52 #2

kalau merdeka itu sudah nyata...
bila bangsa kita mahu merdeka sepenuhnya...
merdeka akal jiwa dan tingkah laku...

jgn kerana nk tolong sgt bangsa, pertolongan itu akan merosakkan bangsa

ajim farid. 2009

Monday, August 31, 2009

merdeka 52

si muda si tua si capik si buta...
bersongkok berbaju melayu bersamping...
sama-sama keluar ke jalanan menuntut...
hak peribumi bangsa berdaulat...
melayu...

setelah semua dikecapi bersama...
tolak ansur penuh keikhlasan terbina...
sama-sama merdeka...
sama-sama gembira...
taat setia ditumpahkan utk bumi bertuah ini...

hampir setengah abad ia berlalu...
apa lg yg boleh dilakukan...
mempertahankan kemeredekaan...
perosak dan pengkhianat harus ditentang...

moga tanah merdeka ini akan kekal merdeka...
bersama mengekalkannya...

Sunday, August 30, 2009

weAkend

sudah lama rasanya tidak tidur pada hujung minggu.terima kasih provokasi terhadap majikan.

diskusi chenta

" perkahwinan itu bukan pemilikan tetapi perkongsian"
hassannuddin wases. 2009

" cinta itu ibarat kain putih kamu yang mencorakkannya"
black. 2009

Sunday, August 23, 2009

endurance #10

"ya Allah bantu lah hamba mu ini menghadapi dunia yg penuh panca roba ini"

1 ramadhan

apa boleh buat zaman kini...
nak di sound sudah besar panjang...
nk dipukul lagi besar dari aku...
kalo setakat minum apa guna...
baik ko telan sampai kenyang...

haih...
ada juga org zaman kini pangai zaman jahilliah...

pose beb jgn tak pose...

Wednesday, August 19, 2009

tahniah

salam graduasi buat teman-teman...
tahniah buat semua...
kalian org yg terbaik di antara yg terbaik...

Saturday, August 8, 2009

pudu?

dalam perjalanan ke bandar tun razak. aku melalui penjara pudu yang berusia 114 tahun. aku teringat satu kisah yang ada berkait dengan bangunan ini. kisah ini ketika kau tingkatan satu. ketika itu aku bersekolah di Kuala Lumpur (up ek...KL beb)...

aku dan rakan aku telah menaiki satu bas utk ke jalan silang (area mydin sinar kota). aku masih ingat dulu bas intrakota. masa tu belum ada rapid KL. kamu pon naik la...

bila dah naik. kami kene bayar tambang dan cakap destinasi kami. kami pon sebut la PUDU. dan bayar kami terus duduk di bahagian belakang skali...

bila sampai di penjara pudu (ada satu stesen bas area tu) tetiba drebar memberhentikan bas. tapi tak da org turun...

pastu dia jerit. sapa nk turun PUDU tadi. turun la cepat. tapi aku n member aku buat rilek je...

drebar tu jerit lagi. sapa nk turun tadi. pastu di terus tunjuk kearah kami...

kami pon ckp la kami nk turun area PUDURAYA...

drebar tu pon terus sound. lain kali kalo nk g PUDURAYA ckp PUDURAYA. bkn PUDU...

pergh malu beb. satu bas tegok kami...

tapi apa boleh buat kami masih di awal remaja. tak brani nk sound balik...

kami pon kene bayar tambang lagi utk kene area PUDURAYA...

apa boleh buat. dah nasib...

akhirnya sampai la ke destinasi...

kalau aku jumpe pakcik tu lagi. aku nk ucap terima kasih sebab bezakan aku PUDU dengan PUDURAYA...

khkhkhkh....

Thursday, August 6, 2009

tribute

chenta kata chenta
benci kata benci
by ajimmacherano

kata-kata konco aku ni sungguh bermakna...
sampaikan ia tersemat pada helaian baju...
kadang-kadang bila terlalu berani berkata...
ia akan tinggal impian...
tapi bila terlalu goyang untuk berkata...
ia akan terlepas jauh...

kekadang ungkapan itu terlalu berat...
sehinggakan ia menggetarkan lutut sendiri...
tapi bagi sesetengah org...
ia seolah-olah ungkapan biasa...
macam makan gula-gula...

bila ada konco aku mula menyatakan hasratnya...
aku cube mendengarnya...
katanya dia mahu utk berteman...
sudah sampai masa katanya...
aku hanya mampu tersenyum...
mungkin masa utknya telah tiba...
aku hanya mampu berkata...

"cuba la bro...lu dah ada segalanya"

kekadang chenta itu bukan utk ditunjuk-tunjuk...
aku yakin satu hari nanti kamu mampu...
membuktikan pada sume...
yang kamu bukan goyang...
yang kamu bukan loser...
kamu insan yg byk berjasa...

kamu cth insan bangsa tolong bangsa...




Wednesday, August 5, 2009

ibu #2

jika kita tidak diredhai oleh ibu kita...
kita tidak akan diredhai oleh Allah...

Sunday, August 2, 2009

ibu

pernah kah kita terfikir sejauh mana kita telah membalas jasa org yg telah melahirkan kita ke dunia ini. dan pernah kah kita lakukan sesuatu perkara itu kepada ibu kita sama seperti kita lakukan kepada org lain...

1. pernah kita dengan perasaan penuh rindu mendail no telefon ibu dan bergayut dengan nya seperti kita lakukan kepada org lain?

2. pernah kita memberikan sedikit wang kepada ibu kita seperti ibu kita memberikan wang utk membeli aiskrim kepada kita sewaktu kita kecil dulu?

3. pernah kita pernah kita mengucapkan sayang pada ibu kita seperti ibu kita mengucapkan sayang pada kita sewaktu memujuk kita menangis semasa kita kecil dulu?

4. pernah kita mendoakan mereka sperti mereka selalu mendokan kejayaan kita?

aku bercakap bukan kerna aku handal...
ini peringatan untuk diri aku sendiri...
mudah-mudahan kita sempat membalas budi...

jangan jadi kacang lupakan kulit!

Saturday, August 1, 2009

versus antidote

ni bkn kes membangsatkan sesiapa...
ni adaptasi keadaan...
tersepit di antara dua...
aku buat yg termampu...

biasa lah dunia kapitalis...
yg kaya akan tetap kaya...
yg miskin akan terus miskin...

doa dan usaha mampu mengatasi...

lepaskan aku dari sepitan ini...

Thursday, July 30, 2009

taklukan

gelak, gelak, gelak...
makan tetap makan...
pkir, pkir, pkir...
kawan tetap kawan...

sejuk, sejuk, sejuk...
peluk tetap peluk...
panas, panas, panas...
lepas tetap lepas...

kiri, kiri, kiri...
lari tetap lari...
kanan, kanan, kanan...
jalan tetap jalan...

terima kasih bangsa

Wednesday, July 29, 2009

sinar

kalau dapat sesuatu yg baik pasti ada sebabnya...
kalau dapat sesuatu yg buruk pasti ada hikmahnya...

atas kita utk menilai sejauh mana kesannya...
gunakanlah sebaik mungkin...
jgn rosakkan kelak binasa...

lu punye untung lu makan...
gua punye untung gua makan...
ada lebih gua kongsi...

nikmat berkongsi sgt luar biasa...

Tuesday, July 28, 2009

endurance #9

konco: kita bukan nye loser..kita adalah bintang yang belum bersinar...

usia

adakah usia hanya angka...
bolehkah kita mengatakan yg usia itu boleh dijadikan parameter...
aku hanya percaya jika usia dijadikan ukuran...
ukuran kematangan adalah paling sesuai...
ini kerana...
makin lama hidup...
banyak pengalaman yg telah ditelan...

tapi usia juga boleh membataskan niat murni...
kalau terlalu besar jurangnya...
mungkin ada masalahnya...
tapi mungkin benar kata-kata itu...

terpulanglah pada individu...
mungkin usia bukan ukuran...
aku hanya percaya pada ketentuan...

Friday, July 24, 2009

dansa tanpa rasa

kalau hati itu sentiasa kata kite di jalan yg tetap...
itu bullshit...
kebahagiaan, kekayaan tidak datang bergolek...
itu sume perlu usaha...
usaha yg istiqamah...
baru sentiasa di landasan yg betul...
jgn pandai tabur janji kerna kamu belum pasti menunaikannya...
jgn jadi pungguk rindukan bulan...
menanti yg belum pasti...

tapi ikut lah...
jika kamu rasa dah hebat...
kamu akan tetap dengan cara kamu...

aku tetap dengan aku...
tapi jika ada yg ingin bersama aku..silakan...

lengkapkan dirimu mari menari dengan aku...

Tuesday, July 21, 2009

dari tanjung karang ke old trafford #2

ari aku sendiri ke stadium...
peluang kedua utk rakyat Malaysia..
melihat Harimau Malaya mengaum Setan Merah...
walaupun tewas...
2-0...
tapi persembahan mereka baik...
walaupun ada byk lg yg perlu diperbaiki...

ayuh Harimau Malaya jgn patah semangat...

Sunday, July 19, 2009

endurance #8

marjang: bro..Dare to Dream...mana tau angan-angan itu akan jadi kenyataan...

dari tanjung karang ke old trafford

aku bangga jadi anak Malaysia...

berlokasikan stadium maple...
aku dan konco-konco menyaksikan detik bersejarah ini...
Malaysia XI vs Man United FC...
aku tak sangka...
kapten pasukan RED GIANT...
berjaya menggegar jaring lawan...
2 bijik masuk...
walaupun kalah...
tapi ok la kalo compare ngan dulu...

ini baru Harimau Malaya...

Thursday, July 16, 2009

brand new car

ketika pertemuan dengan konco-konco skolah:

aku: wow..hebat ko skunk pakai Honda Civic...

fatah: mana ada..ni kawan aku bagi pinjam...

amy: ok sume..kite sume follow Fatah sebab dia pakai Honda...

aku: yeah..follow Fatah sebab dia pakai honda...

jking: sampai hati korang..tak da sapa nk folo Honda Ex5 aku...

kami sume saling berpandangan...

Wednesday, July 15, 2009

endurance #7

sucre: have some faith papi..

Sunday, July 12, 2009

endurance #6

ayah: ada 2 benda yg penting...first..benda yang dah sedia ada jgn demolish..just gilapkan supaya jadi lebih baik...second..dalam hidup kene hepi..jgn tension2..nanti sakit lagi susah..

terminal singgahan

telah dtg sang wira
datang berlari wajah asmara
penuh senyum dan tawa
hanya menanti santapan jiwa

lalu si wirawati kini kembali
muncul membawa ribuan erti
moga-moga ini pelengkap janji
penuh chenta dan syg di hati

langit kini terang bak mentari
bintang turut mengirim sinar seri
malam hadir menenangkan bumi
bulan lambang paduan sehidup semati

kolek buruk sebagai tanda
dihanyut ombak badai bersama
walau ribut taufan hadir menyapa
takkan berganjak ikhlas di dada

moga mimpi akan jadi realiti
moga hati akan jadi abadi
moga bibir akan jadi janji
moga kaki akan terus berlari

#sajak ini buat konco-konco yg mabuk chenta

Saturday, July 11, 2009

endurance #5

konco: kalo nak kerja jgn pk sgt pasal wang...ko takkan dapat apa2...yg penting blaja sesuatu...

keringat

situasi 1

aku: keje kat mana skunk?

konco A: G & P

konco B: Menard geosystem

konco C: Penjom gold mine

konco D: Sapura crest

konco E: Dugeo

situasi 2

aku: bape gaji ko ek?

konco A: 3K lebih

konco B: cucuk 3K

konco C: tak sure..2K lebih kot

konco D: 3K lebih basic..kalo offshore bertambah lah...(kaya beb)

konco E: 5K

wow...
mereka sudah berjaya membuktikan siapa mereka...
aku gembira dan bangga dengan mereka...
rezeki itu akan dtg tanpa diduga...
insyaallah...

Thursday, July 9, 2009

bercucuk tanam

jiran aku suka bercucuk tanam...
banyak hasil tanaman yg telah diperolehi...
betullah org kate...
kalo berbudi pada tanah pasti lumayan hasilnya...

aku tengok mcm senang je bertani...
ala bukan susah sgt...
cangkul skit2, tabur benih, siram, jaga...
dah settle...
tapi bile difikir2 balik...
aku tak boleh cepat melatah...

apa aku nk katakan kat sini...
kalo kite tak rasa susah senang...
baik jangan ckp banyak...
kalo kite setakat dengar org kate...
tapi kite tak alami dan experience it...
so just keep our mouth shut...

betullah kata konco aku...
kalo setakat buat benda kecik2...
tapi gebang buat benda besar2...
baik tak yah...

jgn cepat melatah...
org kate A...
kite pon kate A...
cube guna akal n fikiran...

moga-moga kite diilhamkan dengan akal yg sihat...

Wednesday, July 8, 2009

oh bintang

aku membayangkan ia terlalu jauh...
terlalu jauh utk digapai...
terlalu kerdil utk dicapai...
masakan aku berjaya memilikinya...

aku mengharap sang pelangi hadir...
memberi warna penuh kecerian...
mungkin gedung bunga akan muncul...
penuh dengan wangian semulajadi bungaan...

tak mahu lagi aku berlari...
cukup penat rasa badan ini...
mungkin sudah tua dimamah waktu...
aku hanya mahu bergerak perlahan...
perlahan dan tegap...

moga impian ini mampu aku realitikan...
fantasi ini bukan omongan kosong...
jiwa ini tetap kental...
air mata ini sudah kering utk kegagalan...

aku hanya harapkan senyuman akan terus melebar

Tuesday, July 7, 2009

drama pos ofis

lesen aku mati plak...
so kene g renew la...
aku pon pegi la pos office rawang...
berbekalkan kereta parent...
aku pon memacu ke rawang...
aku pon pakir kereta kat McD rawang...
walaupun aku tak beli McD...
dah pakir...
so aku jalan la ke pos ofis...
jauh gak beb...

sampai2 pos ofis biasala amik no...
tak sampai seminit no aku dipanggil...
tak da org tu pasal cepat je kene panggil...
dengan macho nye aku ke kaunter...
aku pon ckp la dgn nada macho...

aku: saya nk renew lesen
posmen: lesen ngan ic encik
aku: ok
posmen: renew utk setahun ye encik?
aku: ye setahun
posmen: rm32 encik

tgk2 dalam dompet ada 30 puluh je...
mak ai mcm mana ni...
tak macho la mcm ni...
tetiba aku teringat aku ada 7 ringgit tadi...
aku pon ckp la aku ada 30 je...
jap lg aku dtg blk...

adoi malunye...
dah macho abis tadi...
aku pon lari la ke kereta nk amik 7 ringgit...
sampai kat kete tgk2 takda...
adoi mcm mana ni...
rupenye2 ada dlm poket...
pergh...
berpeluh aku ni berlari...
panas beb...
dengan hati yg kecewa...
aku pon patah la blk ke pos ofis..
dapat la aku lesen baru...
huhuh...

rojak mee serendah

aku lapar lak petang2 ni...
lame tekak ni tak rasa 'rojak mee joe lebai'...
jom pekena tgk...

Sunday, July 5, 2009

tol gate girl?

situasi di tol sg besi...

aku: bape bro...

abg tol: tiket je...

aku: bape...

abg tol: (amik tiket dan diam)

aku: bro..ni duit nye...

abg tol: kete dpn dah byr kan skali...

aku: wow...

#terima kasih konco.jasamu tuhan je lah yg membalasnya.

Friday, July 3, 2009

pasang surut

entri kali ini buat konco-konco yang tengah hangat berchenta dan bakal kawen sebelum aku...

senyuman terukir penyejuk hati...
di kala indah tetap akan indah...
cari lah nilai sejati tanpa benci...
jangan pernah rasa iri hati...
rendah diri itu harga diri...

kemarau pasti akan muncul...
kering dan gersang bakal terpancul...
namun jangan sekali lupa...
pasti akan ada hujan membasahi bumi...
kerja itu sudah janji...
bumi mana tak di timpa hujan...

lari-lari bermain kondi...
jangan lupa keikhlasan diri...
jujur dan tetap setia sentiasa diiringi...
pasti megah cinta di hati...

Monday, June 29, 2009

drama dalam train

satu petang...
aku terpaksa naik train utk pulang ke rumah...
aku amik train di stesen bank negara...
train boleh delayed pulak...
so kene tunggu 30 minit lagi...
aku dah panas dah tapi apa blh wat sabar je la...

train sampai aku dengan ghairahnye nak naik gak...
walaupun penuh macam sardin...
nak blk gak...
aku nk naik gak...
aku pun berjaya la naik walupun ada aksi tolak- menolak...

makin lama makin kurang org dlm train...
aku pon dapat la duduk...
setelah lama berdiri...
aku pun duduk sambil mendengar alunan lagu dlm mp3 aku...
secara kebetulan aku duduk mengadap dengan 2 org pompuan...

tettiba salah sorang dr mereka melihat kearah aku...
aku dengan selamba je buat tak tau je...
kepala aku diangguk-angguk mengikut rentak lagu...
seminit pastu di tertoleh lagi kearah aku...
mungkin pelik melihat reaksi aku...
tapi aku dengan bangang nye telah...
membasahkan bibir aku dengan lidah...
lidah di keluarkan utk membasahkan lidah...
pompuan tu terus cuak dan kasi tau kat kawan dia...
adoi...
apa aku wat ni...
pastu nk cover aku pon buat la byk kali...
nampak mcm bibir aku kering...
patu pompuan tu terus duduk diam2...
ha baru ko nk diam...
khkhhhkhhk...

moralnye...
jgn lakukan aksi pelik di public area...
dan...
utk disekitar jgn cepat slah sangka...
mungkin secara spontan aksi tu terkeluar...

rakyat malaysia harus ceria selalu...

Sunday, June 28, 2009

nota-nota hijau

langkah-langkah kosong...
membawa aku ke sana...
mencari-cari rentak...
semacam rasa tidak kena...

demi sebuah ambisi...
bebas mencari dan terus mendaki...
jelas nota-nota sudah kering...
penting utk perjalanan ini...

walauapa pun...
erti persahabatan mengatasi segalanya...
lebih penting dari nota hijau...

Friday, June 26, 2009

endurance #4

lesson for today...

bos: bkn senang nk keje ngan mat salleh..all this are Malaysian faces..once you got fuck up...means i got too...our country got too...so be prepared...

endurance #3

panji-panji perang sudah berkibar kembali...
ayuh bangun dan mara ke depan...
jgn gentar dan berganjak kebelakang lagi...
alunan musik reggae sudah membuatkan aku trus berjoget...
ayuh menari bersama...

Thursday, June 25, 2009

rexeki #2

jinakkan hati dan perasaan...
tetapkan iman penuhkan kesabaran...
kalau rezeki tak ia lari berpeleseran...

takkan lari gunung yg dikejar...
walaupun samudera dan belantara...
ia akan tetap ada...
ia akan tetap disana...

aku harapkan doa akan dimakbulkan...
mudah-mudahan...
mungkin si bintang sudah mula membisikkan...
kata-kata semangat yg tiada akhiran...

aduh indahnya...
syukur nikmat...
jgn pernah...
kufur nikmat...

sepetang bersama mereka

seronok hari ini...
dapat jumpe konco-konco lama...
dah lama tak lepak begitu...
semua sudah berubah...
ada haluan masing2...
ada yang sudah bekerjaya...
ada yang sudah berpunya...
ada yang bakal kawen...
ape ni?
baru 2 bulan abis blaja...
dah nak kawen...
apa boleh buat dah takdir...
apa boleh buat dah jodoh...
aku tumpang gembira...
atas kejayaan kalian semua...
aku bangga dapat konco seperti kalian...
kamu semua nadi perjuangan...
kalian bakal pewaris nusa dan bangsa...
pelihralah warisan agung ini...

#sori en.halkum atas anggukan kepala bdk bwk air tu...

Wednesday, June 24, 2009

kitar hidup

arini kita disuapkan oleh ibu kita...
nanti kita disuapkan oleh anak kita...
ini kitar hidup namanya...

Tuesday, June 23, 2009

free manjang

tea break...
lunch...
tea break lagi...
sume disediakan...
kalo ari2 macam ni kan best...
tak yah aku nk cr duit...
sume free je...
khkhkhk....

Monday, June 22, 2009

goncang

duduk di rumah sahaja ari ini...
tanpa aktiviti khusus dilakukan...
bagun tdo.mkn.kemas laman.berehat...
itu saja..

aku menonton tv...
lalu aku pasangkan telinga aku rapi-rapi...

'kalo kita tau kekuatan diri kita pasti akan lebih maju'

cari di mana kekuatan diri...
moga-moga ketemui...
baru boleh jadi insani sejati...

hati berani mampu berdiri sendiri

Sunday, June 21, 2009

endurance #2

melangkah blk setapak ke belakang...
tak salah jika boleh maju dua tapak ke depan...
harap2 bila kita berundur...
kita makin gagah untuk melangkah...
kuat semangat kuat hati...
jiwa kental tak kenal erti tewas..

Friday, June 19, 2009

endurance

berkocak hati mendengar kabar sedih...
kabar kurang enak tentang konco-konco...
mencari kebenaran di sebalik rumors itu...
aku hanya mampu mendoakan kejayaan mereka...
aku juga harus terus berjuang...
berjuang sampai mati...
panji-panji perang sudah berkibar...
ayuh konco-konco aku sekalian...
tunjukkan pada mereka...
kite bukan anak ayam kampung...
kalo gagak di rimba boleh lakukan...
mustahil kite tidak boleh lakukan...
ayuh koyakkan hati bacul...
moga hati sang wira akan muncul...

matahari

cahaya matahari akan tetap terpancar...
cuma putaran bumi membataskan kita merasainya sepanjang masa...
begitu juga dengan kejayaan...
kejayaan itu akan tetap terserlah...
cuma masa menentukan sama ada cepat atau lambat...

Thursday, June 18, 2009

si pintar

tetibe rasa nk terkucil...
aku pantas mencari toilet terdekat...
ha...jumpe...
aku pakir "evo converted"...
aku kunci kereta...trus lari ke toilet...

fuh..lega beb...

aku kembali ke kereta...
aku cube idupkan...
eh...pahal lak ni...
aduh tak leh start...
ni mesti battery ni...

aku kontek konco aku...
try tolak..hampeh...
ni kong trus ni...
nk pi mekanik cash tak da...
mujur konco aku kasi pinjam...
kena la rm150.00...
time2 aku sengket ni la ko buat hal...

nasib ada yg membantu...
tq konco-konco...

Wednesday, June 17, 2009

fulus

"mari kita ladang hoi"

ambisi mencari platform...
baru aku tau peritnya...
untuk mencari sesuap nasi...
jika byk wang mudah saja utk diabiskan...

kekadang tentu kite anggap salah...
kedekut la.taik hidung masin la...
tapi mungkin sebnarnya...
memang dia tak mampu...

gunakan lah wang sebaiknya...
tapi ada lebih jgn lupe member2...
khkkkkkhk...

Monday, June 15, 2009

pantang berundur

"dia dah pakai kete beb"

ni lah semangat...
ni lah harapan...
bila la aku nk pakai BMW ni...
takpe2...
sok lusa aku beli satu...
kite tgk nanti...


Saturday, June 13, 2009

siapa org itu?

kalo la rexeki jatuh dgn mudah...
tentu sume tdo saja...
tgk2 dah ada rexeki bile celik mata...
tapi...
bukan semudah itu...
perlu usaha dan doa...

kekadang rexeki kite ada pada org lain.so kene cari org itu.

Friday, June 12, 2009

rexeki

aku: oit bangun lahanat..g kerja...

konco: otak ko...aku kat laut ni...

aku: kkhkhkhk..wow kat laut...

konco: yela...

aku: makhluk pemalas ni dah berubah..khkhk...(aku bermonolog dlman)

Thursday, June 11, 2009

tembikai laici gelas besar

senyap bkn tanda takut...
bising bukan tanda berani...
kalo stakat ego menguasai...
baik simpan saja hasrat itu...

org mkn dia nk rampas...
org beri dia nk lebih...
tak pernah puas...
tak pernah nk bersyukur...

kalo hujan tak henti-henti turun...
tadahkan sja mulut sebesar tempayan...
namun nk ucap syukur jauh skali...
walau tempayan penuh melimpah-limpah...

apa yg aku pinta...
kirimkan salam aku pada sang bulan...
moga bulan senantiasa menyinari malamku...

Wednesday, June 10, 2009

Gunung Kinabalu IPGM-KBA #2

in my last entry, I put a few photos before I started climbing Gunung Kinabalu..tp skunk aku nk letak gambar masa mendaki lak..letih..sejuk..tapi apa ada hal beb..berkat minat yang mendalam terhadap alam semula jadi..khkhkh...aku berusaha untuk menawan puncak tertinggi di asia tenggara ini..Low's Peak 4095 m..

selain g panjat-panjat ni..aku jumpa la konco-konco baru...bakal-bakal cikgu...'selamat pagi cikgu'..khkhkkhk...IPGM-kampus bahasa antarabangsa..dulu IPBA...so dapt la kenal-kenal konco-konco baru..pasni..kalo nk masuk skolah senang la..'adik-adik'...khkkkhk..ape aku merepek ni...khkhkhk...aku mmg tak leh jadi cikgu...muka tak da pakej cikgu..so baik aku wat apa yg aku buat skunk ni..apa-apa pon...afun tetap begini..takkan indie pupus ditelan zaman...

siap-siap nk panjat di kaki gunung


pintu masuk nk mula panjat..Timpohon gate


ni gua dah nk sampai tetap nk bermlm (laban rata)
sejuk bangat

gua sampai puncak beb..Low's peak..




Saturday, June 6, 2009

Gunung Kinabalu IPGM-KBA (a.k.a IPBA)

Jambatan tamparuli

Yayasan Sabah

pesta keaamatan

Student IPGM-KBA

Ha tgk apa..masuk la..

imej-imej yg dipaparkan di atas...
adalah aktiviti ronda-ronda sebelum mendaki...
kami ke pesta keamatan...
best2...
khhkhh...

Friday, June 5, 2009

khutbah jumaat

khutbah jumaat masjid serendah:

sahabat bertanya kepada rasullullah...
dengan siapa aku perlu berbuat baik?

rasullullah menjawab...
ibumu

sahabat bertanya lagi...
dengan siapa lagi aku perlu berbuat baik?

rasullullah menjawab...
ibumu...

sahabat bertanya lagi...
dan rasullulllah menjawab ibumu...

sahabat bertanya lagi...
dan rasullullah menjawab bapamu dan org yang hampir denganmu...

#syurga di bawah tapak kaki ibu

Friday, May 29, 2009

bayu

laut china selatan...
aku sudah terasa bayu mu...
ayuh kurniakan kemanisan menghirup udara mu...
belai aku dengan hawa yg sempurna...
aku mahu terbang...
bawa aku terbang tinggi...
lagi tinggi dari kepulan awan putih mu...

hulurkan

Allah akan sentiasa membantu hambanya
Jika hambanya itu sentiasa membantu saudaranya

Thursday, May 28, 2009

dari LCCT ke Sokaerno-Hatta

aku berpeluang untuk ke bumi Indonesia...
Bandung dan Jakarta...
satu pengalaman indah...
yang tak dapat aku gambarkan...
banyak yang aku belajar...
budaya.ekonomi.cukup berbeza...

kereta wira dijadikan teksi di Bandung. aku bangga jadi anak Malaysia

pemusik jalanan dengan gitar mereka..indie sungguh

beca masih menjadi pilihan di Bandung

Bandung

banyak sungguh motorsikal..van itu merupakan Angkutan Kota (pengangkutan awam)

kantung email

bgn pagi...
bukak laptop...
check email...
masih mcm biasa...
huhuhu....

Tuesday, May 26, 2009

malam-malam

tahukah engkau bertapa hebat cinta ku
tanpa mu disisi aku keresahan
tahukah engkau bertapa hebat kasih ku
tanpa mu disisi aku kerinduan

jamal & francisca 'kehebatan cinta'


Sunday, May 24, 2009

Gunung Stong, Kelantan #2

konco-konco bile dah nk turun dari Baha's Camp

konco-konco ketika nk mandi air terjun

mandi air terjun

di puncak Gunung Stong. Sarad korek idung?khkhkhk...

bersiap sedia sebelum naik ke puncak

kat puncak ni.sebelum hiburan di puncak Stong.khkhkhk

Saturday, May 23, 2009

Gunung Stong, Kelantan


konco-konco di atas rel keretapi Dabong


konco-konco sebelum menawan puncak Gunung Stong


aku di puncak Gunung Stong


banyak lagi kenangan yang aku simpan sebenarnya...
ntah bila lagi la agaknya nak bersama sama konco-konco...
bergelak ketawa berguarau senda...
semuanya telah berakhir...
semuanya tinggal kenangan...
aku harap semuanya akan menjadi seperti sedia kala...
mungkin satu masa nanti kita semua kan berkumpul semula...
adoi...
sedih lagi...

Wednesday, May 20, 2009

selamat tinggal UKM

sudah lama rasanya aku tidak menulis...
bukan tak mahu menulis tetapi ada ambisi yang dilakukan...
maklum sajalah aku di sisa-sisa terakhir di bumi UKM...
masa banyak diabiskan bersama konco-konco...

semalam tanggal 19 Mei 2009...
bercerai sudahlah aku dengan konco-konco ku...
sejak dari tahun 1 ini yang pertama kalinya aku cukup tersentuh...

ingin aku ceritakan satu kisah yang berlaku malam sebelumnya...
en. halkum bertemu dengan aku berbincang mengenai programnya...
"sharing is caring"...
program itu berjaya dilakukan walaupun kondisi tidak sempurna...

program ini membolehkan konco-konco menyatakan apa saja...
sama ada kenangan atau pengalaman suka duka...
ini bukan poyo atau penipuan...
ini sebuah realiti...

di awal program aku masih dengan ego aku...
hanya bergelak ketawa tanpa rasa sedih...
tapi akhirnya aku tewas..
tatkala aku memluk konco-konco aku...
aku menangis...
tak tahu dari mana dtgnya air mata itu...
tapi aku cukup sedih...
aku tersentuh...

aku hanya ingin ucapkan terima kasih bebanyak kpd semua...
tanpa kalian sapalah aku di bumi UKM...
kalian merupan kenangan terindah...
aku dah tak tahan dah ni...
aku dah mula nk menangis lagi...
aduh...

Saturday, May 9, 2009

touch down

sahabat...
rakan...
teman...

tak pernah aku bayangkan yang kite akan bertemu...
begitu cepat masa berlalu...
bagai pasang surut ombak di pantai...
perpisahan juga yang terjadi...
akhirnya...

maaf kan aku andai anda salah dan silap...
halal kan makan minum ku...
aku doakan kejayaan kamu semua...

p/s sape yg aku hutang.sila tuntut ek.yang blum bayar utang aku.bayar cepat.aku dah sengkek ni.khkhkh...

Sunday, May 3, 2009

belimbing besi dan limau kasturi

Could I act like you, and put a smile on my face
Not even for a second, would I lie to myself
Too many things are missing, and there's a tear in my eye
It's not a question or an answer, but it will change your mind

We'll be the same tomorrow
'Cause we all been painted by numbers
We're dancin' as we borrow
You said it was love
I said I'd like you to be mine

the sounds-painted by numbers (2006)


it was a nice evening...
having some fun with all of u makes me feel very sad...
is getting closer to say goodbye...
can u imagine how hard for me to face all of this...
it's just a matter of time...

i really hope all of us can end this semester with nice memories...
dont ever give me your tears...
just a nice smile...

thank you buddies...

wheel of fortune

kenapa bile kite terasa kita akan marah org yg menghina...
pernah tak kite fikir yg kite slalu menghina...

ini sebenarnya manusia...
kekadang terlupe...
kekadang alpa...

cube kite tgk dr satu sudut lain...
manusia slalu kate...
'hidup mcm roda la'...
'buat baik di balas baik'...
'buat jahat di balas jahat'...
tapi pernah kite pk...
kite sebenarnya pernah melakukan sesuatu perkara itu...
itu sebab kite kenea blk perkara yg sama kite wat tu...

kite ni sama je sume...
tak lebih tak kurang...
kalo setiap org ada keistimewaan pasti dia ada kelemahan...
mana ada sempurna dalam dunia ni...
kita insan biasa...

jadi...
dalam hidup sebenarnya...
kite bkn banyak sabar...
banyak berfikir dan menilai...
bukan semua org boleh terima kita...
bukan semua org suke tgk kite...
tapi kite tak leh trus salah kan org itu...
mungkin dia ada sebab...
oleh itu...
cari kelemahan diri dan perbaiki diri...
semoga aku sendiri akan lebih matang menjalani hidup ini...

aku juga insan lemah...

Thursday, April 30, 2009

baju baru baju lama

masakan pohon bergoyang...
andai tiada angin mebelai...

dalam hidup ini tidak selalunya indah...
hidangan yang disediakan belum pasti kena dengan selera...
walaupun hidangan itu cukup banyak...

andai ditakdir untuk memilih...
jalan mana satu yang hendak dipilih...
kalo pilih jalan di kanan adakah ia jalan yang tepat...
ntah-ntah jalan di kiri lebih baik...

membuat keputusan cukup payah...
belum tentu keputusan itu memuaskan hati semua...
takut kalo ada yang silap...
susah puaskan hati semua org...

sebagai khalifah...
mesti ada insan protagonis...
mesti ada insan antagonis...
insan-insan ini sebenarnya...
membantu turun naik kita dlm berjuang...

biar keputusan yang dibuat...
berdasarkan kewarasan...
bukan mengikut kehendak org sahaja...
hati org kita jaga...
tapi belum tentu org jaga hati kita...

susah senang bersama bantu sesama kita

Wednesday, April 29, 2009

kurniaan

jika kita ungkap erti sahabat...
ia cukup mendalam...
tak terungkap dek fenomena...
tapi yang paling penting...
persahabatan itu sebuah kurniaan...


Tuesday, April 28, 2009

percikan air tak siapa jangka

dalam air ku terpandang wajah adikku yang ku puja...
tenteram semula hati gundah...
dapat mambang indah...

p.ramlee-masam masam manis(1965)

bila hati sudah bertaut...
apa yang masam jadi manis...
apa yang suram jadi indah...

tanpa bicara ia hadir...
tertutup saja mata ia mengiyakan segalanya...
hati bagai ada pelangi yang berwarna-warni...

semoga ia jadi lambang...
kemanisan hidup suka dan duka...

tutup mulut pejam mata dengar kata hati

exam oh exam #2

konco: dude..sok last exam kite sejak dr tadika...

aar ek...
aku terasa ada kebenaran statement itu...
sungguh menyentap fikiran ku...
terasa mcm semalam plak baru blaja ABC...
terasa macam semalam angkat tangan kerana hendak membuang air...
ataupun terasa semalam kawan tadika ku kencing dlm seluar...

sejak dari tadika hingga kini...
ini merupakan pendidikan formal yang yang kene ditempuhi oleh sume...
dan...
aku telah abis melunaskannya...

marah sungguh kawan2 aku...
aku dah abis exam...
kkhkhkh....
mulala buat ayat...
mcm2...

konco: kami masih pentingkan pelajaran...

aku hanya mampu ketawa...

it's over dude...

Thursday, April 23, 2009

exam oh exam

"nasib baik aku langgan Sains Malaysiana"

kkhkhkhk...
aku ketawa mendengar rakan aku melawak...

soalan exam yang amat memeningkan kepala aku...

"apakah kemahiran yang anda dapat dari subjek ini"

aduh soalan yang terlalu sempoi bagiku...
tak pernah aku menyangka soalan begitu rupa..
ini sume angkara aku...
apa boleh buat dah nasib...

aku hanya mampu tersenyum tatkala keluar dari dewan...
aku memandang pensyarah aku lalu berkata:

"tq prof..doakan saya dapat A subjek ni"

dia hanya mampu tersenyum...

aku harap paper akan datang akan lebih baik...

Tuesday, April 21, 2009

hentikan senja

Tak cukup tanah untuk bermain
ada saja org yg hadir main bersama
tak terlayan semuanya
tak menang tangan di buatnya

hari hari permainan baru akan diperkenalkan
ada saja yang mengangkat tangan utk turut serta
aku apatah lagi
turut bermain bersama
ini saja yang boleh dilakukan

tapi masa bermain itu bukan panjang
senja dah makin menyerlahkan sinarnya
org pn dah makin kurang
masing-masing pulang ke rumah
yang tinggal hanya saki baki

malam pun makin hampir
tapi bukan semua yang boleh kua rumah
ada yang takut hantu
ada yang penat
ada yang menyambung baki kerja di office
yang kuar hanya segelintir umat yang tak puas lagi bermain
sampai bila agaknya kepuasan itu akan betul-betul hadir

main lah selagi boleh bermain
kuar lah selagi boleh keluar
tetapi harus diingat
tak semestinya kita akan terus bermain
tak semestinya kita akan terus keluar

Monday, April 20, 2009

sweet 22?








fotograf-fotograf di atas sudah cukup membuktikan aku telah diperlakukan dengan kejam oleh konco-konco aku.(khkhkhk).aku diculik.aku diikat.aku di baling telur.di simbah air sabun.di make up tepung dan kopi.apa boleh buat.ini sume suratan takdir.aku redha.

tiada apa lagi yang aku mampu ucapkan pada sume yang terlibat.jai.nadey.syaz.jihan.dan.man.arai.cikin.teng.dd.wani.miza.mereka telah melaksanakan tugasan merekan dengan cukup sempurna dan berjaya.terima kasih juga pada pak guard yang paham dengan perangai kami ini.(khkhkh).

ini adalah kenangan yang terindah yang tak dapat aku lupakan.akan aku kenang sampai bila-bila.bila lagi agaknya aku akan terima hadiah istimewa ini.aku cukup gembira dan terharu.ini hadiah yang tak ternilai harganya.

aku juga ingin ucapakan terima kasih buat konco-konco yang susah senang bersama.bob.kodi.pak tam.rakan2 geo.rakan kolej.rakan skolah.aku sayang kamu sume.

mak.ayah.juga adik-adikku.terima kasih.akan aku balas jasa kalian semua.tanpa kalian siapalah aku.

buat kamu juga terima kasih.kejutan yang diberikan sungguh membuatkan diriku ini cukup gembira dan terharu.buat kawan kawan-kawan kamu juga terima kasih.belum pernah aku alaminya sebelum ini.

ini pengalaman manis buat diriku.
terima kasih sume.
aku bersyukur dikurniakan insan-insan seperti kalian dalam hidupku.
kalian sume cukup bermakna dalam hidupku.

salam tanpa noktah buat kalian

Sunday, April 19, 2009

setingi mana berdiri serendah itu juga kita sebenarnya

sesuci langit biru di subuh hari...
langkah sumbang mencacatkan pendangan...
biru telah lari...
hanya kepul putih yg tinggal...

tak mahu diri dikuasai...
sang durjana masih belegar kencang...
hanya ingin menginsafi diri...
kerna biru tetap biru...

sujud menyembah yang Esa...
wpun aku tahu masih banyak hutang yang belum terbayar...
aku tak mahu berhutang lagi...
aku mahu tebus segala yang termampu...

ringankan tangan hulurkan sumbangan...
kerna yang menghulur lebih mulia...
barang diingat juga...
dunia hanya pinjaman...
tak pasti untung nasib di 'sana'...

apa yang penting...

usaha doa tawakal

Friday, April 17, 2009

kerana tangga

meninjau-ninjau langit malam ini...
sungguh indah bulan mlm ini...
aku puaskan mataku menatap keindahan mlm...
berkali-kali aku cube tafsir...

akan kah ada lagi peneman si tangga...
tangga yang dulunya jingga warnanya...
kini sudah bertukar warna...
sudah disaluti pecahan kaca...

kalau dulu segalanya di tangga...
makan minum gelak tawa...
semuanya di situ...
tapi ia akan berakhir tidak lama lagi...

mungkinkah akan bertukar tangan...
akan jatuh dikuasai org lain...
aku rindukan saat itu...
tangga yang dipijak dan didaki kini telah tiada...
hilang dalam kamus hidupku...

batch mana conquer tangga dialah juara