Sunday, November 29, 2009

terima kaseh

biarkan ombak itu menghempas pantai
kerna satu hari ia pasti akan kembali tenang

biarkan bulan menerangi malam
kerna satu masa ia pasti akan hilang

sampaikan salam aku pada si bintang
kerna aku sangat menyukainya

terima kasih!

Saturday, November 28, 2009

sizuka ep.4

potret kali ini cukup berbeda
adakah ia lukisan teragung yg pernah mata aku melihatnya
atau cuma ilusi minda yang mengaburi imaginasi

cermin kaca sudah jelas memaparkannya
tak perlu rasanya utk melihat disebalik kaca itu
biarkan ia duduk diam di situ

potret ini akan ku simpan elok-elok
agar ia tetap seperti asalnya

moga warnanya akan tetap segar hingga akhirnya

kelip kelip

adakah jalan itu sudah tertutup
aku tak nampak sinar di hujung jalan itu
atau
aku yang buta

somebody help me please....

Friday, November 27, 2009

eid

salam eid buat sume
especially buat keluarga.konco-konco.girlfriend (mcm takde..khkhkh)
moga-moga aidil adha kali ini membawa sejuta keberkatan

allahu akbar allahu akbar allahu akbar walilah ilham

Thursday, November 26, 2009

real time

ini bkn siaran ulangan
ini siaran langsung

jangan amik mudah!

Tuesday, November 24, 2009

nasi lemak

merdeka itu bkn utk tanah air sahaja
setiap umat harus turut merdeka
aku bangga kerna ada saudara yang begitu merdeka
walaupun ia bukan kebanggaan keluarga

perbuatan kamu itu cukup berani
kamu kini boleh digelar
melayu merdeka!

Sunday, November 22, 2009

sizuka ep 3

kalau menarik adakah ia benar menarik
kalau menolak adakah ia benar menolak

jatuh bangun adat permainan
bukan senang utk sentiasa memastikan impian itu terlaksana
kerna manusia tetap akan alpa & cuai

merasakan ia terlalu hebat kerna kehebatannya
tapi betul-betul kah kita tahu kehebatannya
jangan kehebatan bertukar kelemahan

nikmat itu dikongsi
moga kita akan menaiki kapal yg menuju pulau yg sama

jalinan 2

kalau itu lingkungan yg ko tetapkan
kalau itu penjara yg membatasi segalanya
titik nokhtah belum tercatit lagi

kita rempuh bersama

penuhkan ruang dengan bunga keasyikan
senyu.gelak.ketawa
itu antidote terbaik

Friday, November 20, 2009

jalinan

letakkan sesuatu itu pada tempatnya
itu satu yg cukup mulia
bkn mengejar haruman nama
cume sumbangan penuh bermakna

kau punye kau jaga
aku punye aku jaga
ada lebih kita kongsi

rezeki tuhan harus dikongsi bersama kerna ia akan lebih bermakna


Wednesday, November 18, 2009

sizuka ep. 2

aku pusing dan aku keliru
selepas bulan malam malap
selepas mentari siang terbenam
adakah gerimis akan menghadirkan pelangi indah

aku cuba utk jadi terbaik
aku cuba utk beri seribu warna

tapi

adakah aku berdaya
mengharungi ombak badai
kerna aku bkn enggang
yang mampu terbang tinggi dengan penuh megah

aku hanya mahu sedikit ruang


Monday, November 16, 2009

sizuka

ia merupakan satu anugerah
nikmat yang dikongsi sepasang hati
penyatuan dua jiwa kosong yang kini penuh warna
ini bukan rekaan tapi ketentuan

keunggulannya bukan sekadar kebiasaan
ia luar biasa
bukan boneka untuk dijadikan bahan gelak-ketawa
mampu mercerminkan segala pantulan cahaya

bukan omongan si budak kecil yang mahukan gula-gula
bukan teriakkan si nakal tatkala jatuh basikal
ini realiti ini betul-betul

jangan jadi hamba chenta jadilah penyubur chenta

Sunday, November 15, 2009

chance #2

it is not just what u *WANT....it is also what u *HAVE....

Wednesday, November 11, 2009

chance

I wont hesitate you...give a chance....

Tuesday, November 10, 2009

ikatan & simpulan

suria pagi ini cukup gemilang
terang benderang menerangi segenap ceruk buana

aku melihat seluruh umat manusia cukup gembira
senyum dan ketawa mewarnai suasana pagi

penuh warna penuh corak
cukup indah cukup tenang

aku harap aku akan jadi sebahagian darinya
terus memberi kegembiraan dan keseronokkan

sayang situasi sayang sekeliling
sayang sendiri sayang semua

pateri segalanya bersama



Sunday, November 8, 2009

pintu

jika kita mahukan sebuah kebahagian
jangan kita buka pintu kedukaan

jika kita mahukan sebuah kejayaan
jangan buka pintu kegagalan

tapi

takkan bermakna sebuah kebahagian tanpa kedukaan
takkan bermakna sebuah kejayaan tanpa kegagalan

have some faith




eye #2

menilai bukan kerna aku cukup tinggi utk menilai
memberi pendapat bukan kerna aku cukup ilmu
mengutuk bukan kerna aku sentiasa dipuji

aku mahu menghadiahkan sesuatu
hadiah yang mungkin biasa
tapi bagi aku itu cukup besar nilainya

hadiah sebuah nilai kasih sayang sesama umat


eyes

aku tunduk melihat ragam manusia yg penuh corak & aku dapati kita ada kualiti homogen

Saturday, November 7, 2009

langit dan bumi

mendapatkan apa yg diidamkan adalah satu idaman
namun bukan semua yg menjadi idaman akan dinikmati
perkongsian bukan sahaja penyerahan kejujuran
ketelusan budi penghayatan budaya perlu dititikberatkan

menolak bukan bererti tidak mahu
menerima bukan bereti segalanya

kalau mudah menghebahkannya pada setiap insan
tak perlu sebenarnya kita menceritakan pada si bulan
bulan akan jadi pendengar setia setiap keluhan
tapi belum tentu si bulan ada nilai keistimewaan

dosakah aku untuk berasa dinilai sama shaja dgn mereka yg hebat?

aku hanya mahu berkongsi
terpulang pada kamu

chenta itu seperti pohon yg baru ditanam kerna ia perlu disemai dan dijaga


Thursday, November 5, 2009

kiri kanan

kalau berpaling pada hakikat kita akan merana
terima dan redha adalah jalan terbaik
mungkin semua adalah di luar batasan pelaksanaan manusia
moga sang bintang akan mendengar keluhan kita
kerna sang bintang teman setia di mlm hari

yg palg utama adalah mohon petunjuk dari-Nya

Wednesday, November 4, 2009

saprah

andai kain putih diberikan utk aku mencorakkanya, akan aku corakkan dengan warna cinta

mimpi

kadang-kadang mimpi akan tetap jadi mimpi tanpa bertukar menjadi kenyataan

aku bermimpi?

Tuesday, November 3, 2009

80:20

aku berpaling lalu berkata ya
dia berdiri lalu berkata tidak
aku pegun lalu mengukir senyum
dia berjalan lalu memaling wajah
aku berlari lalu menarik nafas
dia duduk lalu melihat ke arah lain

it is all about possibility

im looking

aku bangga kerana aku ditemukan dengan org yg bertuah
aku bangga kerana aku ditemukan dengan org yg hebat
aku bangga kerana aku ditemukan dengan org yg berpengalaman
aku bangga kerana aku ditemukan dengan org yg seperti aku

cuma

aku takut kerana aku belum bertemu dengan........

Sunday, November 1, 2009

dari bangi ke manchester

seharian bersama gagasan keraROCKclothing sungguh menakjubkan


terima kasih keraROCKclothing

kelodak

belum reda ombak semalam
sudah di timpa ribut pula
pasir dulunya kering kini telah basah
pohon kelapa dulunya tegak kini sudah goyang

biarkan keladak itu pergi bersama ribut
harap yang tinggal pasir berkilau penuh cahaya

aku tunggu gelombang kedua
harap-harap kali ini adalah hasil