Sunday, February 28, 2010

sumbing

kalau cermin itu diletakkan dihadapan aku
pasti aku akan rasa nak pecahkan sahaja cermin itu
mata aku memandang sekeliling persekitaran aku
apa yang ada?
cuma koleksi pakaian bundle milik aku

letupkan sahaja perasaan marah itu
moga-moga ia akan lebih tenang
harap-harap ia tak sehebat gunung berapi di Hawaii

aku hanya mahu sedut segalanya
pinjam sedikit masa kalian
pinjam juga gelak ketawa kalian

kalau aku lokek jangan lupa beritahu aku
aku akan cube penuhkan kehendak kalian
insyaallah



tahniah

kalau dulu modenas kristar 110 menjadi saksi
pastu BMW M3 pulak kuar
skunk ni amik ko IMPUL

aku bangga ada anak melayu sebegini
moga kamu akan terus berjaya
dan jangan sesekali
lupa untuk membantu anak-anak bangsamu

lelangit

biarpun ombak merubah pantai
kasih ku takkan hancur berderai

ItalicFrancisca ft Jamal-Kehebatan Cinta

liku-liku

kenapa bile org lain buat boleh
tapi
time aku nak wat tak boleh
shit!

Friday, February 26, 2010

anak titi

riang sungguh kanak-kanak itu membina istana pasir
mungkin satu hari nanti mereka boleh membinanya
gadis-gadis berkumpulan gembira berjalan di gigi air
sambil menepuk bahu rerakan gelak tawa didengari

aku tenang melihat semua ini
ombak membasahi pasir pantai
semua ciptaan tuhan
bagai sebuah karya maha agung

aku harapkan semua igauan akan tinggal bersama pasir pantai
akan datang sebuah mimpi baru bersama ombak

moga akan ada yang sudi menghempas pantai bersama

sizuka ep.17

ia tetap disitu tetap disitu
jangan pernah goyang
tetap!

Sunday, February 21, 2010

pimpin

cuba redakan kekusutan yang melanda
perlahankan sedikit penjanaan jentera
pasti akan tenang

mentari akan tetap memancarkan cahayanya
bulan akan tetap menerangi malam
pungguk akan tetap merindui bulan
ini hukum alam

terbanglah kamu bersama impian kamu
kelak pasti akan ada yang menanti kamu

Saturday, February 20, 2010

sizuka ep.16

maaf kerna nilai itu
maaf kerna kecacatan itu
maaf kerna kerencaman itu
maaf kerna kerumitan itu

maaf seribu kali maaf!

Thursday, February 18, 2010

bus stand

tak semudah yang disangka
tak seindah yang digambarkan
yang buruk akan tetap dikata buruk
yang cantik akan tetap dikata cantik

yang penting aku tetap akan tunggu

Tuesday, February 16, 2010

bi center

adakah semuanya ikhlas
adakah hubungan sesama insan ini
terjalin kerana memenuhi tuntutan kepentingan peribadi?

ataupun cuba kita tukar cara pemikiran kita

adakah semuanya tak memerlukan keihklasan
adakah hubungan sesama insan ini
terjalin kerana ia sudah hukum alam manusia memerlukan manusia lain?

aku pun tak pasti
tapi yang aku pasti
aku perlu beri sesuatu kebaikan kepada sesama manusia




sizuka ep.15

aku bukan Giant
yang salalu kenakan Nobita
aku bukan Nobita
yang mintak alat dari Doraemon
aku bukan Doraemon
yang ada kocek kecil serba ada
aku bukan mereka

selamat sizuka!

Monday, February 15, 2010

buta

beryukur dengan persekitaran sekeliling
mungkin yang di depan tak perasan
mungkin yang di belakang sedang menepuk-nepuk bahu memanggil

semua biasa sahaja
tak da yang lebih pon untuk kita rasa lebih
kau biasa
aku biasa




Saturday, February 13, 2010

sisi

bentangkan sehelai kain untuk aku warnakan
pasti aku akan semarakkan dengan warna kegemaran aku
tanpa aku hiraukan kehendak sesiapa

tapi pernah tak terlintas
mungkin warna yang dicoretkan adalah warna yang salah
dan mungkin
warna pilhan pihak lain adalah yang terbaik

aku gundah
aku gusar
takut-takut warna itu salah

tapi aku yakin Tuhan akan membantu hambanya

Tuesday, February 9, 2010

kripton

bunga itu sungguh cantik bagi aku
tak sanggup rasanya untuk melukainya
memetiknya untuk disisipkan apatah lagi
hanya mampu melihat mampu memuji

tak mahu rasanya ia ternoda dengan kecelakaan
parut yag terpahat pasti terkesan
ia bukan sekadar igauan
tapi cengakaman yang tak tertahan

tapi taburanya cukup meluas
bukan semuanya bisa menjadi milikan
tentu ada sepohon yang sudah pasti menunggu
itu janji itu pasti
yang penting pencarian melawan masa

salam perjuangan konco-konco sekalian
pasti ada ibu cahaya di hujung anak jalan

Saturday, February 6, 2010

selutan

lautan pasti ada pasang surutnya
begitu juga dengan hidup
pasti ada ruang getir yang harus dirempuhi

aku bagai meniti di batas sawah yang luas menghijau
tersalah langkah pasti selut naik sampai ke paha

ruang untuk tergelincir itu pasti ada
pabila terjatuh pasti ada yang ketawa

kalau kamu hanya mahu ketawa
duduk sahaja di rumah diam-diam

terasa bagai ditikam-tikam
pabila seakan-akan mengerti
tapi berpura-pura tak amik peduli
lalu tak memberi ruang yang sewajarnya
itu bukan menghayati itu provokasi

selamat berfoya-foya di hujung minggu dengan pasangan kalian








Monday, February 1, 2010

kaca

dalam setandan pisang takkan semuanya rosak
pasti ada yang baik