seketika hidup ini bagai direjam-rejam
oleh batu-batu insan jahat yang dahagakan kemurkaan
tapi itu akan jadi lebih tenang
kerna kita tau ia dari insan jahat
namun
seketika hidup ini bagai disiat-siat
oleh pisau insan mulia yang bertopengkan darjat tinggi
tapi itu akan jadi sangat sakit
kerna kita tau ia dari insan mulia
adakah yang jahat akan tetap jahat?
atau
adakah yang baik akan tetap baik?
itu semua hanya pakaian manusia
aku lebih berminat
tentang kualiti dan sumbangan yang diberikan
ini bukan noktah
banyak lagi masa untuk berubah
persetan dengan hipokrasi!
dari denai kecil ke denai besar
.........