Sunday, November 30, 2008

bisikan mata hati

keindahan alam maya cukup tak ternilai harganya...
cukup berseri tatkala makhluk di dunia di anugerahkan fikiran untuk mencorakkannya...

aku mula belajar sesutau hari ini...
di sini aku mula cuba mengerti sebuah kehidupan...

betullah kata koncoku bob...
aku tak boleh terlalu selesa dengan apa yg telah aku genggami...

aku mula terdetik di hati...
curahan fikiran di minda...

untuk menggapai sebuah impian dan harapan.memang perlu bijak berbicara.bergaya.bkn kepuraan yang menjadi senjata.hanya perlu menjadi diri sendiri.

itu lah aku.itu lah kamu.

ragam manushia.semuanya bagaikan alunan irama muzik yang sentiasa berbeda mengikut zaman.alunan itu akan terus digemakan namun penerimaan.penghayatan.susun kata.akan senantiasa berubah...

aku akan tetap mencari dan berjalan bahkan berlari di bumi tuhan ini...

ayu ep.3

Si anak terkedu dan terdiam...

Adakah tindakan si anak terlalu pantas?

Hendak diadukan pada siapa masalah ini..si anak hanya mampu termenung dan berfikir secara sendirian...

Di suatu malam yang sunyi sambil ditemani bulan dan bintang...

Si anak bermonolog sendirian...

si anak : adakah aku tersilap langkah?

si anak : adakah dia fikir aku hanya ingin mengambil kesempatan?

si anak : aku hanya ingin berkongsi secebis kasih..aku tak minta untuk dicintai..cukuplah sudi menjadi sang pendengar yang setia...aku tak minta lebih

si anak : apa yang aku harus lakukan kini...diam sahaja?...aku bukan sang arjuna yang sudah masak dengan situasi ini...aku masih mentah...

si anak : huhuhu...(berkerut dan mengeluh sendirian)

ayu ep.2

Pabila si ibu sudah menunujukkan isyarat line clear..si anak seolah-olah mendapat satu semangat dan harapan...

Demi memperkasakan hajat di hati..si anak mengatur langkah menemui si gadis...

si anak : penat aku cari kau...kat sini rupanya...hehehe...

si gadis : ada apa kau cari aku nie...(nada berpura-pura meninggikan suara)

si anak : aku ada benda sikit nak cakap ngan kau ni...

si gadis : apa dia..cakap la...

si anak : emm..aku..aku..aku cinta kan kau..aku nak kau jadi sebahgian dalam hidupku..

si gadis : lelaki memang pandai berkata tentang cinta..apa yang kau tahu tentang cinta...(nada keras)

si anak : tapi..aku betul-betul cinta kan kau...( mengeluh lalu terdiam)

ayu ep.1

Di sebuah kampung yang permai...

Perbualan ini sangat menarik hatiku...

si ibu : yang ni kan..

si anak : ala..cite lama..

si ibu : ko jgn nak tipu mak..cantik ek..

si anak : eh..cantik ye mak..hehehe..

si ibu : kalo ko kawen ngan dia..mau bergegar kg kita ni..org mcm ko dapat tuan puteri..

si anak : huhuhu...

si ibu : kalo ko kawen ngan dia..7 hari 7 malam mak buat kenduri..3-4 ekor lembu mak tumbangkan..

si anak : huhuhu..(membisu sejuta kata)

mana nur chenta?

gumpalan awan menutupi rembulan...

tak akan ada kuasa yg mampu mengubahnya selain yg maha esa...

aku akan tetap begini.disini.menanti.nur chenta...

koncoku yg 1 kata..aku mesti mula berfikir dari skarang ttg chenta ini...

koncoku yg 2 kata..aku mesti berani...

koncoku yg 3 kata..aku hanya perlu tenang..kita masih ramai konco2 lain...

koncoku yg 4 kata..aku ni loser...

ada juga langkah yg ku ambil...tapi tak tau sejauh mana langkah itu akan trus melangkah...adakah ia kan berhenti...ataupun ia akan berlari...

kalo ini memang takdir.aku redha.

kita perlu memohon yang terbaik untuk diri kita.itu penting kerna.bukan semua yg kita ingin gapai akan tergapai...

" i hope we can walk in the twilight...one day..."

senyap sunyi sepi

saat.minit.jam.hari.minggu.bulan.tahun.

seribu kata memperihalkan masa.

dah berakhir rasanya tugas-tugas aku sepanjang semester ini...

rasa mcm baru semalam.ungkapan paling normal diungkapkan pabila kita mengenangkan masa berlalu dengan cukup pantas dan lincah...

tiada peluang lansung untuk aku menoleh ke belakang semula.hari ini akan jadi sejarah.dah esok akan jadi harapan...

kalo kebiasaanya aku akan terdengar suara-suara jeritan.gelak tawa rerakan.tapi.kini.sumanya telah berakhir.konco-konco sudah pulang ke kampung halaman.yang tinggal hanya kenangan.

situasi diam begini amat membosankan aku.aku tertekan...

apa yang aku harapkan.akan ada suara-suara itu semula.aku rindukannya...

planet insan picisan

sebuah jasad batuan takkan mampu berbicara...

namun disebalik jasad batuan itu tersembunyi jutaan rahsia yang mampu menceritakan pelbagai peristiwa yang telah dilalui olehnya...

kekadang kita berbisik merasakan kita hanya insan picisan yang lansung tak akan mendatangkan keuntungan kepada sesiapa.bukan kerna kita ini lemah.namun situasi yang mendesak kita berfikiran yang kita sekadar insan picisan.

bagai melukut di tepi gantang...

sudah cukup sebati rasanya aku dihina.dicaci.dikeji.dimaki.sume atas alasan perwatakan dan penampilan aku yang tak sinonim dengan insan yang merasakan diri mereka gah di mata insan hebat sekitar mereka.

bukan ku pinta pujian.jauh skali diangkat sebagai hero atau superman.cuma sedikit rasa yang aku ini juga insan normal yang terus berjalan di bumi tuhan.

adakah kerna aku ini tak serupa dengan makhluk lain aku patut diperlakukan begini?

aku percaya pada ketinggian ilmu dan akhlak.ini mungkin bukan ukuran yang patut dijadikan parameter untuk diriku.tapi.insan yang mungkin kita anggap picisan itu sebenarnya seorang insan yang berjiwa besar.lebih besar dari lautan.lebih besar dari gunung-ganang.lebih besar dari bukit-bukau.

jgn sesekali kita memandang org dgn sebelah mata sahaja.don't u ever judge a book by its cover!

liku-liku kehidupan masih banyak yang belum ditempuhi dan dinikmati...

ayuh bersama-sama menempuhinya dengan perasaan yang kita sama saja di sisi tuhan...

ligat tapi lembut

bumi mana yang tak disirami hujan...

bumi mana yang tak dielaputi awan...

arini aku rasa cukup bertuah.bukan kerna aku dikurniakan gadis bunga hatiku.

tapi...

aku dapat melihat.mendengar.insan-insan hawa yang unik kurnian tuhan.

bukan untuk mengambil kesempatan apatah lagi menangguk di air yg keruh.

aku mula sedar bahawa kembara hidup akan jd suram tanpa kelibat si hawa.

pabila aku berbicara.aku mula akui kekutaan yg ada pada mereka.

kaum yang selama ini ku anggap hanya berharap gantung pada si adam.

mula menafikan anggapan aku itu.

mereka mmg nampak lemah dan tunduk pada si adam.tp mereka juga mampu bersama-sama melaksanakan apa jua cabaran yang diberikan pada mereka.

betulalah kata org.kejayaan si jantan mesti ada si hawa disebalik kejayaan itu.

tapi mungkin keegoan lelaki menidakkan kenyataan itu.

lelaki akan tetap dgn egonya.tapi.wanita perlu sedar ego itu bkn cermin sebenar sifat seorang lelaki.kerana lelaki hadir dgn ego yg mampu diredakan.wanita juga jgn mudah melatah kerna lelaki adalah pelengkap hidup anda.

ingat..

lelaki 9 akal 1 nafsu.wanita 9 nafsu 1 akal.

gunakanlah sebaik mungkin demi kesejahteraan bersama...

konco soka doka

bumi mengelilingi matahari...

bulan mengelilingi bumi...

sedar tak sedar aku hampir mengucapkan bye-bye kpd ukm...

bumi bertuah ukm ni byk mengajar aku erti hidup...

yang paling aku tak dapat lupakan erti gugusan persahabatan...

bkn mudah untuk mencari konco soka doka (teman suka duka)...

byk yg aku pelajari dalam mengenal kalifah di bumi Allah ini...

rencah kehidupan dlm kerencaman sifat & sikap tak mampu utk dicarik-carik...

time soka mmg ramai.tp.time doka amat perit.1 dlm 1000 pun payah...

carilah teman yg memahami.mendengar.melihat.menerima seadanya...

terima kasih buat konco-konco aku...

(konco SKS.konco SMSS.konco MATRIK.konco UKM)

++ai.peja.pekek.amy.enol.tet.dan.arai.man.kodiang.black.bob ajim.leha++

++konco-konco lain yg tak dapat aku nyatakan kerana terlalu agung jasamu++

kemarau tanpa noktah

dari terbit mentari sampai terbenam...

muncul pula bulan dan bintang yang menyinari malam...

manusia tetap sama...

kemarau yang aku maksudkan ialah perasaan tidak kenal erti cukup @ tidak beryukur...

masing-masing mengejar apa yang diinginkan...

memang itu sudah menjadi tuntutan dan lumrah alam...

tetapi...

penahkah kita ingat bahawa hidup ini perlu ada LIMITASI dalam EXPLOITASI...

sampai bila pun kita takkan rasa cukup...

lebih mulia kalau nikmat yang dikecapi dikongsi bersama...

nilai sebuah persahabatan.percintaan.kasih sayang.keamanan.

itu lebih bermakna...

ayuh bangkit dan bangun dari lamunan...

saling ingat-mengingati...

+++ kera bob.kera dan.kera arai.kera man. legasi leha+++

+++terima kasih atas segalanya.jasamu Allah saja yg dpt membalasnya+++

medan sebuah impian

tatkala satu kegelisahan berakhir...

pasti akan muncul yang baru...

ramai kawan-kawanku sudah memilih jalan hidup masing-masing...

berkereta.berpakaian berjenama.berpasangan.berduit.

tetapi...

aku masih begini...

transformasi mmg wujud dalam hidup ku...

aku rasa makin matang membuat pilihan dan keputusan...

namun masih ada yang belum dapat digapai...

aku sedar aku perlu realistik...

oleh itu...

sokongan keluarga.kengkawan...itu sudah memadai...

aku harap...satu hari nanti akan ada sang pendengar yang setia...

yang akan sentiasa mendengar apa sahaja dariku...

terima kasih buat rakan2.penyokong.pengkritik...segala tindakan anda membantu dalam menggapai impian aku...