Wednesday, December 30, 2009

gas

sudah terlalu padat rasanya
moga ada ruang yang lebih istimewa

jika ia bukan ruang untuk aku
aku redha

jika ia memang ruang untuk aku
aku syukur

ini ikhlas tak perlu ragu-ragu

aku mahu berhenti bernafas seketika!


Monday, December 28, 2009

sisipan

tikar terbang ini sudah tersedia
tinggal nak naik dan terbang

apa lagi yang kamu nantikan?
masih ragu-ragu?

aku janji kamu takkan menyesal
ini pengalaman aku bersama kamu

mari aku pimpin tangan kamu utk terbang bersama aku!

Saturday, December 26, 2009

harum

i think i found a flower in a field of weeds

Friday, December 25, 2009

endurance #11

Ya Allah..berilah kami kekuatan untuk berbakti kepada tanah air tercinta

Wednesday, December 23, 2009

sizuka ep.9


salam diberi mungkin tidak didengari dan tidak disambut
salam diberi mungkin didengari tapi tidak disambut
salam diberi mungkin didengari dan disambut

salam buat sizuka!

Tuesday, December 22, 2009

bubble

kalau diberi peluang aku mahu berlari di atas buih-buih lautan
terus berlari tanpa henti
lalu aku ingin ucapkan

aku sudah penat
aku mahu tamatkan larian ini

di mana garisan penamatnya?

Monday, December 21, 2009

colors #2

"mungkin ko je tak nampak color tu...maybe ia dah dekat...tgk dgn mata hati"

Sunday, December 20, 2009

ligat

sejuk mata memandang
menoleh seolah-olah tersalah pandang
namun aku tetap tenang

menelan air seperti lemas berenang
bergelen-gelen peluh keluar bergenang
biasa la adat seorang pejuang

kalau dia tau yang dia akan kesana
pasti dia akan befikir yang dia tak bersedia

redah saja apa lagi nak fikir!



Saturday, December 19, 2009

colors

hujan renyai-renyai membasahi kasut
awan kekal kealabu tanda muram
aku mengharapkan akan ada sinar mentari
kerna aku ingin lihat sang pelangi

ingin ku khabarkan pada pelangi
yang aku telah ada 6 warna
aku cuma mahu satu lagi warna
warna pelengkap

bolehkah aku memilikinya?

Thursday, December 17, 2009

sizuka ep.8

kali cukup berbeda dengan keadaan kebiasaan
dimana hala tuju seterusnya?
andaikan ia sekadar sebuah mimpi indah
adakah ia akan menjadi realiti seluruhnya

harapan hanya tinggal harapan
kalau ia kerap menular nescaya ia tidak mampu dikawal
ia tak mampu dibendung lagi

aku mengharap akan ada pujangga yang akan membantuku
kalau bukan di waktu ini mungkin di masa depan

kini aku hanya mampu tunduk layu
bagai daun yang mengharapkan embun sentiasa membasahinya

ini bukan omongan buta tuli
ia realiti

sekali lagi aku ucapkan selamat malam sizuka!


bayu laut

biarkan kisah duka pergi bersama bayu

lupakanlah kisah silam kerna kisah baru pasti akan muncul

aku pasti ia akan muncul!




Wednesday, December 16, 2009

sizuka ep.7

berlantaikan samudera biru terbentang luas
berlangitkan awan biru berkepul mendung
semua ciptaan maha agung tuhan semesta alam

aku bagaikan si ikan kecil
yang mencari ruang dikalangan ikan besar

penuh cabaran bagai dihempas ombak
namun aku akan bertahan dan tetap bertahan

menanti dan terus menanti

selamat malam sizuka!

Monday, December 14, 2009

sizuka ep.6

aku tetap menanti walaupun badai datang sekali pon

Saturday, December 12, 2009

biasan

sgt biasa utk dikatakan luar biasa
ini bukan kelainan tapi keistimewaan
semua memiliki kualiti yang berbeza

aku kembali ke dunia asal aku
berpijak di bumi nyata

sampaikan salam pada semua

Tuesday, December 8, 2009

rocket kertas

senyum tak bererti setuju
muram tak bererti bantah

tepuk dada tanya selera

sampai bila mahu menongkat dagu menunggu bulan jatuh ke riba

Saturday, December 5, 2009

wait on weather

tarik nafas
pejam mata
cuba tenang

aku mahu lari jauh-jauh!

Thursday, December 3, 2009

belahan

kenapa nk tebang sume pokok di taman
pokok tu salah pape pon
ia pon ada hak utk hidup
kalo dah tak suke sgt
kenapa tanam dari awal lagi?
pelik-pelik

setiap sesuatu itu berlaku mesti ada sebab!

yang paling penting ini ketentuan-Nya

Wednesday, December 2, 2009

sizuka ep. 5

getaran ini sangat unik
belum pernah ia bergetar sekuat ini
bukan kerna anasir luar yang mempengaruhinya
ini totalnya secara semulajadi

masa berlalu pergi
cepat atau lambat bkn ukuran
ini mungkin sudah suratan
bingung terpegun melihatnya

adakah hanya menanti mentari senja terbenam lalu kembali menanti hari esok?

Tuesday, December 1, 2009

simfoni

tidak salah untuk berkata "ya"
tidak salah juga untuk berkata "tidak"
kerna kita ada hak berkata demikian

apa yang lebih penting adalah kesannya
adakah yang baik akan dibalas jahat?
adakah yang jahat akan dibalas baik?

terpulang kepada tanggapan masing-masing
namun bagi aku
pemikiran yang jelas hala tujunya
itu lebih penting

guna mata lalu tafsir dengan akal

jangan cuba bermain api jika tidak tahu memadamkannya
kerna kita semua belum cukup bagus!