Sunday, February 27, 2011

spasiva

sudah lama rasanya tidak menulis. seperti biasa sibuk dengan kerja seharian menjadi alasan.bullshit sebenarnya. malas mungkin alasan yang betul.

sejak beberapa bulan kebelakangan ini. penulis-penulis tegar (konco-konco aku) juga semakin kurang menulis. cuma http://azimfarid.blogspot.com yang giat menulis. gua caya lu bro!

kali ini aku cuma mahu ceritakan kenangan bersama konco-konco yang takkan aku lupakan.

selepas tamat pengajian di Bangi Bumi Reggae. semua semakin hilang. mencari tapak. mencari harta kekayaan. itu sume impian kami. mahu berkereta besar. mahu berumah besar. mahu berawek seksi. mahu minum di starbuck. mahu makan di chillis. mahu naik kapal terbang. mahu beli EP di gig. mahu makan meatball di ikea. mahu shopping di quicksilver. mahu ke konsert (bukan kosert k-pop). banyak betul impian kami! tak larat gua nk tulis sume!

skunk sume makin jelas.bob sudah ada nissan lation line merah. germ sudah ada DMX (company kasi free kat dia). milo sudah ada saga BLM. tak kurang juga konco SMS. pa jubo sudah ada ViVa. marjang sudah ada Savvy. Ai sudah ada waja. Konco clothing abg jae ensem sudah ada MyVi (ke ko ada kete baru jae?). Konco kerja sudah ada Volkswagen polo (kme & tariq). sudah ada Proton Persona (Hafiz D). sume sudah mampu. siapa kata konco-konco indie tidak mampu. Sumenye merdeka & mampu berdiri sendiri. tahniah kalian!

Ramai juga yg sudah meninggal kan zaman 'loneranger'. kalo nak disenaraikan mmg tak terlarat. meraka telah berjaya membina keluarga. cuba membahagikan kebahagian bersama keluarga & rakan-rakan. Aktiviti & masa mmg makin tenat bagi meraka. tapi sebagai konco kita semua wajib paham dan beri peluang.

konco-konco aku yang baru lepas belajar & dan baru mula mencari tapak juga makin ramai. aku rasa bangga ada konco-konco sperti kalian. sanggup berusaha dlm dunia capitalism ini. teruskan usaha aku yakin kesugguhan & kegigihan kalian akan membuahkan hasil. Sok dah kaya jgn lupa gua bro!yang masih belajar. aku tau kalian akan berjaya satu hari nanti! kaya dan raya!

buat semua yang sanggup susah senang bersama. terima kasih banyak! jasa kalian takkan aku lupakan!

nak aku senaraikan semua nama konco-konco tidak adil rasanya. takut nanti tak tersenarai ada yang akan berkecil hati. tapi buat sume dari sekolah, matrik, universiti, event2 indie, kerja dan lain-lain.aku takkan pernah lupakan jasa kalian. terima kasih!

hidup matiku indie!

salam indie dari bumi 0 darjah celcius.

No comments: