Monday, December 1, 2008

eksperimentasi demi misi

ombak akan setia menghempas pantai...
walaupun laut ada pasang surutnya...

begitu jua dengan hidup ini...
pasti akan ada jatuh bangun...

hari ini aku mula terasa pancainderaku mula menjana...
bahawa hidup ini tak selalunya indah...
langit tak selalu cerah...

aku mula belajar yg manusia perlu sentiasa bereksperimentasi...
bermain dengan minda dan jiwa demi membina hidup penuh dgn kuntuman kebahagiaan...

belajar mengenal.memahami.mendalami.insan-insan di bumi tuhan ini...
mungkin hari ini bukan hari kita...
mana tau esok lusa giliran kita pula...
lebih manis kejayaan kita itu atas huluran ikhlas insan-insan yang kita kenali.fahami.dalami...

bukan kita mengukir nama atas ikhsan org lain...
tapi...
kita memahat nama bersama-sama insan mulia itu...

terima kasih daun keladi buat konco-konco...