Sunday, November 30, 2008

planet insan picisan

sebuah jasad batuan takkan mampu berbicara...

namun disebalik jasad batuan itu tersembunyi jutaan rahsia yang mampu menceritakan pelbagai peristiwa yang telah dilalui olehnya...

kekadang kita berbisik merasakan kita hanya insan picisan yang lansung tak akan mendatangkan keuntungan kepada sesiapa.bukan kerna kita ini lemah.namun situasi yang mendesak kita berfikiran yang kita sekadar insan picisan.

bagai melukut di tepi gantang...

sudah cukup sebati rasanya aku dihina.dicaci.dikeji.dimaki.sume atas alasan perwatakan dan penampilan aku yang tak sinonim dengan insan yang merasakan diri mereka gah di mata insan hebat sekitar mereka.

bukan ku pinta pujian.jauh skali diangkat sebagai hero atau superman.cuma sedikit rasa yang aku ini juga insan normal yang terus berjalan di bumi tuhan.

adakah kerna aku ini tak serupa dengan makhluk lain aku patut diperlakukan begini?

aku percaya pada ketinggian ilmu dan akhlak.ini mungkin bukan ukuran yang patut dijadikan parameter untuk diriku.tapi.insan yang mungkin kita anggap picisan itu sebenarnya seorang insan yang berjiwa besar.lebih besar dari lautan.lebih besar dari gunung-ganang.lebih besar dari bukit-bukau.

jgn sesekali kita memandang org dgn sebelah mata sahaja.don't u ever judge a book by its cover!

liku-liku kehidupan masih banyak yang belum ditempuhi dan dinikmati...

ayuh bersama-sama menempuhinya dengan perasaan yang kita sama saja di sisi tuhan...

No comments: